Harian Metro

PENGUMUMAN ISTIMEWA

- Muhd Amirul Faiz Ahmad cnews@hmetro.com.my

Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengumumka­n senarai penuh 31 calonnya yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Isnin ini.

Ia bersempena lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Timbalan Pengerusi BN yang dijadualka­n menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mesra Simunjan, 85 kilometer dari bandar raya ini.

Malah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg membayangk­an bakal ada ‘pengumuman istimewa’, Isnin ini ketika merasmikan jalan baru menghubung Bulatan e-Mart, Matang dan Stapok, Batu Kawa di sini, semalam.

“Kami umum banyak (projek) hari ini (semalam). Tunggulah Isnin depan, ada lagi satu pengumuman,” katanya pada majlis berkenaan yang turut membabitka­n perasmian Jambatan Tan Sri Dr Sulaiman Daud.

Sementara itu, BN Sarawak dalam proses perincian terakhir, dengan 40 peratus muka baru ditampilka­n.

Ia dijangka menyaksika­n seorang menteri Persekutua­n digugurkan iaitu penyandang kerusi Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Presiden PRS Tan Sri James Jemut Masing turut mengesahka­n perkara itu sambil memaklumka­n penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyallau Badak, juga tidak disenaraik­an kali ini, seterusnya digantikan muka baru, termasuk calon wanita.

Empat lagi penyandang kerusi Datuk Joseph Salang Gandum (Julau), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman) dikekalkan.

Bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), enam penyandang kerusi, masing-masing Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad (Mukah), Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (Puncak Borneo), Datuk Ahmad Lai Bujang (Sibuti), Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Betong), Datuk Wahab Dollah (Igan) dan Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjung Manis) bakal direhatkan atas faktor kesihatan selain bersara daripada arena politik.

“Dalam PBB, hanya enam kerusi terbabit dengan rombakan calon, manakala penyandang lapan kerusi lain dikekalkan atas faktor ‘boleh menang’ dan sokongan akar umbi,” katanya.

Bagi Parti Progresif Demokratik (PDP), hanya seorang muka baru diturunkan menggantik­an penyandang kerusi Parlimen Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom, selepas beliau secara rasmi menyertai PBB.

Tiga lagi penyandang kerusi iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) yang juga Presiden PDP, selain Anyi Ngau (Baram) dan Datuk Anthony Nogeh Gumbek (Mas Gading) dikekalkan.

Menjelang PRU-14, tumpuan turut terarah pada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam usaha menawan semula enam kerusi tradisi mereka yang ketika ini dikuasai pembangkan­g.

Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem dijangka dikekalkan di Parlimen Serian, manakala Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian diturunkan di Parlimen Stampin berikutan kejayaanny­a merampas semula kerusi DUN Batu Kawa.

“Kerjasama SUPP dan parti serpihanny­a, Parti Rakyat Bersatu (UPP) diyakini mampu menyumbang lebih banyak kerusi kepada parti berkenaan kali ini, sekali gus mengembali­kan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN Sarawak,” katanya.

TPM dijangka dedah senarai penuh calon Sarawak Isnin ini

 ?? Abang Johari ?? Kami umum banyak (projek) hari ini (semalam). Tunggulah Isnin depan, ada lagi satu pengumuman”
Abang Johari Kami umum banyak (projek) hari ini (semalam). Tunggulah Isnin depan, ada lagi satu pengumuman”
 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia