Harian Metro

Pertembung­an Sim, Chong jadi tumpuan

-

Miri: Pertembung­an Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang dijangka berlaku di Parlimen Stampin antara tumpuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di negeri ini.

Chong yang juga penyandang kerusi Parlimen Bandar Kuching sebelum ini menyatakan beliau mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’ di kerusi mana Sim bertanding, sekiranya Barisan Nasional (BN) Sarawak sah menurunkan pakar jantung itu.

Beliau turut menyatakan kesediaan ‘melepaskan’ kerusi Parlimen Bandar Kuching untuk ditandingi calon muka baru DAP bagi melaksanak­an ‘misi memburu dan menewaskan’ Sim.

Turut menjadi tumpuan kerusi Parlimen Selangau dan Parlimen Lubok Antu selepas penyandang­nya, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk William Nyalau Badak digugurkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) seterusnya diganti dua muka baru yang dikatakan tidak mendapat ‘restu’ akar umbi.

Kerusi Parlimen Sibu pula menjadi tumpuan kerana berpotensi dikuasai semula BN Sarawak melalui SUPP sekiranya Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Andrew Wong, yang juga anak lelaki Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Datuk Seri Wong Soon Koh dipilih sebagai calon.

Sumber berkata, bersandark­an trend semasa, sokongan akar umbi banyak memihak kepada Andrew, malah diyakini mampu menawan semula kerusi berkenaan yang kini dikuasai DAP.

“Parlimen Sibu antara tiga kawasan berpotensi dimenangi semula BN dalam PRU-14, selain Miri dan Sarikei, yang juga antara ‘kerusi panas’ perlu diberikan penumpuan kali ini,” katanya.

 ??  ?? SIM
SIM
 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia