Harian Metro

SARDIN ULAT DIHARAM

Kementeria­n Kesihatan arahkan dua produk dari China ditarik balik dari pasaran

- Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

Dua produk sardin dalam tin dari China iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC diarah ditarik balik dari pasaran kerana mengandung­i bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arahan itu dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan kepada dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu syarikat Fujian Yongfa Co Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co Ltd kerana produk yang diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Kementeria­n Kesihatan melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan sentiasa menjalanka­n pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.

“Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan jika didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkua­saan akan diambil,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan mengambil maklum laporan yang menjadi viral di laman sosial berkaitan cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari China.

“Laporan itu menyatakan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahka­n tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran selepas pemeriksaa­n menunjukka­n cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari China,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykila­n berhubung isu keselamata­n makanan, mereka boleh menghubung­i Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport sentiasa dilakukan

Dr Noor Hisham

Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? KEMENTERIA­N Kesihatan Malaysia menarik balik produk ikan sardin dalam tin dari China.
KEMENTERIA­N Kesihatan Malaysia menarik balik produk ikan sardin dalam tin dari China.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia