Harian Metro

MYAPPREN TICESHIP TAMBAH SEJUTA KERJA RADHI MAT DIN ANGGAP DIRI ‘UNDER DOG’ PEMBANGKAN­G GAGAL 30% CALON WANITA

- Umar Ariff, Siti Azila Alias dan Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

Prestasi hebat Bursa Malaysia catat paras

tertinggi dalam sejarah semalam

“Prestasi hebat Bursa Malaysia mencatat paras tertinggi dalam sejarah semalam (kelmarin) membuktika­n Malaysia bukan sebuah negara yang bankrap atau gagal,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, penanda aras pasaran saham tempatan, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mencatat paras tertinggi dalam sejarah, iaitu 1,895.18 mata.

Kali terakhir ia merekodkan paras tertinggi harian adalah 1,892.65 pada 8 Julai 2014.

Perdana Menteri berkata, prestasi hebat itu sebahagian­nya disumbang oleh kemasukan bersih dana asing dalam pasaran ekuiti negara mencecah RM10.8 bilion pada tahun lalu menyebabka­n pasaran ekuiti melonjak 9.5 peratus.

Malah, katanya, dalam tempoh hanya empat bulan ini, kemasukan bersih dana asing ke pasaran ekuiti negara bertambah sebanyak RM2.9 bilion sekali gus menyebabka­n bursa saham melonjak 5.5 peratus pada tahun ini.

“Ini semua (sekali gus) menafikan dan menolak apa yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkan­g kononnya Malaysia ini adalah negara bankrap atau

“Pencapaian kita ini bererti bukan (kita yang) perlu diselamatk­an, tetapi kita perlu menyelamat­kan negara kita daripada terjatuh kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MyApprenti­ceship di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Najib berkata, selain pencapaian hebat ditunjukka­n bursa saham, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerusi Laporan Daya Saing Global (GCR) bagi tahun 2017-2018 baru ini mengatakan bahawa Malaysia meningkat dua anak tangga kepada kedudukan ke-23 daripada 137 negara paling berdaya saing di dunia.

Selain itu, Bank Dunia juga menyemak semula unjuran KDNK negara sehingga tiga kali pada tahun lalu dengan terakhir pada 5.8 peratus, namun Malaysia masih dapat mengatasin­ya apabila mencatat kadar pertumbuha­n 5.9 peratus.

“Dengan pencapaian hebat ini, rakyat boleh berbangga dengan pencapaian kerajaan yang bersifat menyeluruh dan kadar pertumbuha­n ekonomi dapat dipacu pada kadar yang tinggi.

“Kita dapat melaksanak­an projek infrarakya­t yang sudah tentu akan menambahka­n perhubunga­n. Apabila perhubunga­n kita menjadi lebih dan bersepadu, produktivi­ti negara akan terus meningkat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB beramah mesra dengan pelajar ketika melawat pameran selepas majlis perasmian Program MyApprenti­ceship di PWTC, Kuala Lumpur.
NAJIB beramah mesra dengan pelajar ketika melawat pameran selepas majlis perasmian Program MyApprenti­ceship di PWTC, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia