Harian Metro

INNALILLAH...>

-

Kuala Lumpur: Rutin harian seorang guru wanita mengajar anak muridnya bertukar igauan ngeri apabila disamun dalam bilik darjah di sebuah sekolah kebangsaan di Puchong Indah, Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 30 tahun turut cedera pada lutut kanan selepas terjatuh apabila cuba menarik beg tangannya daripada dilarikan suspek.

Ketika kejadian, guru berkenaan dilaporkan berada di mejanya selepas meminta kira-kira 40 murid menyalin satu nota tugasan.

Pada masa sama, suspek yang juga seorang lelaki memakai topi keledar merah berpenutup muka masuk ke dalam bilik darjah membawa sekeping kertas berpura-pura bertanya lokasi kelas lain.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebaik mangsa hendak menunjukka­n lokasi kelas, suspek terus menarik beg tangan yang berada di atas meja.

“Mangsa berusaha menarik kembali beg tangannya namun suspek terus merentapny­a sebelum melarikan diri.

“Mangsa kemudian terjatuh dan cedera lutut kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati suspek memasuki sekolah melalui pintu belakang yang terbuka dan tidak dikawal sebelum menuju ke kelas itu yang berada di hujung blok sekolah.

“Polis tidak menolak kemungkina­n faktor kedudukan kelas yang berada di hujung blok serta berhampira­n pintu belakang menyebabka­n suspek menjadikan­nya sebagai sasaran.

“Ketika kejadian ada dua pengawal keselamata­n berada dalam kawasan sekolah dan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Menurutnya, guru berkenaan kerugian wang tunai RM100 selain kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, dua telefon bimbit serta kunci rumah dan kenderaan dilarikan suspek.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia