Harian Metro

MATI DIPUKUL ‘BOYFRIEND’ IBU

 Budak enam tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibu

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

Dipukul dengan objek tumpul hingga patah tulang rusuk dan pecah usus. Itu penderitaa­n ditanggung kanak-kanak enam tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan yang menemui ajal disyaki didera teman lelaki ibunya.

Perbuatan tidak berperikem­anusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalanka­n bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak malang itu, kelmarin.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, laporan bedah siasat menunjukka­n mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.

“Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, semalam.

Azisman berkata, mangsa meninggal dunia jam 4 pagi Rabu lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu.

Beliau berkata, susulan kematian Mohamad Rayyan, polis menahan ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.

“Ibu mangsa dan teman lelaki ditahan, petang semalam (kelmarin) selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

“Berdasarka­n siasatan awal, suspek lelaki mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakan­nya membabitka­n curi motosikal,” katanya.

Katanya, polis mendapat perintah tahanan reman seminggu ke atas pasangan itu bermula semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, ketika dihubungi berkata, dia dimaklumka­n mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudara, Rabu lalu.

“Rayyan dibawa ke hospital malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarka­n Hospital Sultanah Bahiyah jam 8 malam kelmarin,” katanya.

Hairil Khan berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya kira-kira bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.

“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.

“Sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.

“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumka­n,” katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim di sini, semalam.

Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah”

Azisman Alias

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Rayyan Hidayat
MOHAMAD Rayyan Hidayat
 ??  ?? TEMAN lelaki ibu mangsa dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar bagi mendapatka­n perintah reman.
TEMAN lelaki ibu mangsa dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar bagi mendapatka­n perintah reman.
 ??  ?? IBU Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan direman seminggu.
IBU Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan direman seminggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia