Harian Metro

ANGKARA PERISIK?

-

Beberapa ahli keluargany­a termasuk yang memegang jawatan

Ketua Polis Gaza dibunuh dalam serangan rejim Zionis pada 2014. Semalam, imam dan pensyarah kejurutera­an, Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, pula maut ditembak 10 das di Setapak.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyaki pembunuhan­nya ada kaitan dengan ejen perisikan negara

bermusuh dengan Palestin. Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) juga berpendapa­t kepakaran dimiliki menjadi motif pembunuhan Dr Fadi yang sudah 10 tahun menetap di Malaysia.

 Kerajaan Malaysia syak pembunuhan dilakukan ejen negara bermusuh dengan Palestin Kematian beliau mungkin ada kaitan dengan perisikan dari negara luar yang mengesyaki Dr Fadi mempunyai saham daripada sumbangan melatih pelajar UniKL BMI”

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kerajaan Malaysia mengesyaki pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, dilakukan mereka yang ada kaitan dengan ejen perisikan sebuah negara yang bermusuhan dengan Palestin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki berkulit putih yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW.

“Saya turut berduka cita terhadap kematian Dr Fadi yang berdasarka­n maklumat Polis Bukit Aman adalah rakyat Palestin yang sudah 10 tahun menetap di Malaysia dan pakar dalam kejurutera­an elektrik dan roket.

“Kematian beliau mungkin ada kaitan dengan perisikan dari negara luar yang mengesyaki Dr Fadi mempunyai saham daripada sumbangan melatih pelajar UniKL BMI (dalam membuat roket) atau menjadi liabiliti dengan sebuah negara bermusuhan dengan Palestin,” katanya.

Dr Fadi yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar Kondominiu­m Idaman Puteri, Jalan Meranti, Medan Idaman, Setapak, Kuala Lumpur ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh, semalam.

Siasatan awal polis mendapati suspek menunggang motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan.

Pemeriksaa­n awal mendapati ada empat kesan tembakan pada badan mangsa.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Bangunan GiatMARA Bagan Datuk, di sini, semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis mempunyai tanggungja­wab untuk menahan kedua-dua suspek kerana perbuatan berkenaan dilakukan di Malaysia, tambahan pula mangsa pemastauti­n tetap di negara ini.

Beliau berkata, siasatan polis akan meliputi pelbagai aspek termasuk mendapatka­n bantuan Polis Antarabang­sa (INTERPOL), Polis ASEAN (ASEANAPOL) serta agensi perisikan asing.

Katanya, beliau difahamkan mangsa sepatutnya berlepas ke sebuah negara Eropah tengah hari tadi (semalam) untuk menghadiri satu persidanga­n berkaitan sains.

 ??  ?? Pembunuhan DrFadiadak­aitan
musuhPales­tin
Pembunuhan DrFadiadak­aitan musuhPales­tin
 ??  ?? ANGGOTA polis dari Unit Forensik mengumpul bukti di lokasi kejadian pensyarah warga Palestin mati ditembak di Jalan Meranti, Setapak, semalam.
ANGGOTA polis dari Unit Forensik mengumpul bukti di lokasi kejadian pensyarah warga Palestin mati ditembak di Jalan Meranti, Setapak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia