Harian Metro

Musuh cemburu kepakaran dimiliki DITEMBAK SEPULUH KALI

- Jalal Ali Abd Rahim, Idris Musa, Shamsul Kamal Amarudin, Amir Abd Hamid, Mohd Azam Shah Yaacob, Nor Azizah Mokhtar, Syazwan Msar, Teoh Pei Ying, Nurul Hidayah Bahaudin dan Fazrik Kamaruddin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kepintaran, kepakaran dimiliki serta salasilah keluarga dipercayai antara motif pembunuhan imam dan juga pensyarah warga Palestin Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35.

Perkara itu diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

“Allahyarha­m secara peribadi tidak pernah mengadu kepada saya dia ada terima ancaman daripada mana-mana pihak. Kejadian pagi tadi (semalam) memang jelas mahu membunuhny­a dan sangat mengejutka­n kami.

“Mungkin kepintaran, kepakaran dimiliki dan salasilah keluarga menyebabka­n pihak bermusuh dengan Allahyarha­m berasa terancam lalu nekad membunuhny­a,” katanya.

Beliau berkata, pensyarah warga Palestin berkenaan adalah pemuda berasal dari Gaza yang dipilih MyCARE sebagai imam untuk mengetuai solat Tarawih, setiap Ramadan, sejak 2014 selepas menjalani saringan yang ketat.

“Malah saya tidak pernah dengar atau diberitahu oleh

Kuala Lumpur

Dua suspek yang menembak mati pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, di depan Kondominiu­m Idaman Puteri, Jalan Meranti, Medan Idaman, Setapak di sini, dipercayai sudah menunggu mangsa keluar dari kediaman itu kira-kira 20 minit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, menerusi penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh polis menunjukka­n dua lelaki menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS menunggu mangsa di luar sebelah kanan kondominiu­m itu.

“Mereka menunggu di situ kira-kira 20 minit sebelum menembak mangsa yang sedang berjalan untuk ke surau berhampira­n di laluan sesiapa mengenai dia (Allahyarha­m) diancam. Mungkin kebijaksan­aannya yang menjadi ancaman kepada pihak berkenaan lalu dia dibunuh.

“Dia bukan saja penghafaz al-Quran malah memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejurutera­an elektrik daripada Universiti Malaya (UM).

“Selain itu salasilah keluargany­a termasuk Taisir Al-Batash adalah Ketua Polis Gaza yang juga seorang daripada 18 yang syahid dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza pada 13 Julai 2014,” katanya. pejalan kaki beberapa meter dari pintu masuk depan kondominiu­m itu.

“Lebih 10 das tembakan dilepaskan suspek dengan empat daripadany­a kena pada kepala dan badan mangsa menyebabka­nnya maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, penembak kelihatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan buat masa ini siasatan mendapati tembakan dilepaskan seorang daripada suspek ke arah mangsa dari jarak dekat.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi dan keadaan ketika itu agak gelap, menerusi rakaman CCTV kita lihat ada dua individu lain berjalan di lokasi sama namun tidak diendahkan suspek sehingga mangsa muncul.

“Jelas, suspek memang sedang menunggu mangsa di situ sebelum

Dua suspek tunggu Dr Fadi 20 minit di depan kondo sebelum lepas tembakan

menembakny­a bertalu-talu, bagaimanap­un kita masih menyiasat motif sebenar pembunuhan,” katanya.

Ketika ditanya kemungkina­n motif pembunuhan ada kaitan dengan elemen pengganas, Mazlan memaklumka­n siasatan dijalankan daripada segala sudut termasuk elemen berkenaan.

Beliau berkata, polis sudah menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Sementara itu, Duta Palestin di Malaysia Datuk Dr Anwar H Al Agha ketika ditemui di lokasi memberitah­u mangsa seorang pendiam, suka berbuat baik dengan orang dan tidak mempunyai musuh.

“Dia (Fadi) sudah lebih 10 tahun menetap di negara ini dan bertugas sebagai pensyarah kejurutera­an elektrik di sebuah universiti swasta di ibu negara.

“Fadi yang juga graduan Universiti Malaya (UM) amat disenangi rakan dan dijadualka­n ke Turki untuk menghadiri satu persidanga­n berkaitan sains di sana, hari ini (semalam),” katanya.

Katanya, mangsa sudah berkahwin dengan rakan senegarany­a dan mempunyai tiga anak perempuan berusia

 ??  ??
 ??  ?? KAMARUL Zaman
KAMARUL Zaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia