Harian Metro

Dr Fadi dekat dengan pejuang Hamas

-

Kuala Lumpur: Pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr

Fadi M R Albatsh Fatma, 35, dipercayai didalangi oleh ejen perisikan.

Malah, dua suspek menaiki motosikal jenis BMW yang melepaskan tembakan jarak dekat juga didakwa perisik yang berada di negara ini.

Pembunuhan Dr Fadi mendapat liputan meluas berita di Timur Tengah dan menjadi kecoh apabila Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash mengeluark­an kenyataan mendakwa pembunuhan itu didalangi serta dirancang agensi perisikan.

Khaled dalam kenyataan seperti dilaporkan Haaretz.com menyatakan Dr Fadi adalah jurutera Palestin serta terbabit dalam pergerakan pejuang Hamas.

Katanya, Dr Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjun­g Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI.

“Pembunuhan Dr Fadi yang juga jurutera Palestin adalah pembunuhan terancang oleh agensi perisikan.

“Dr Fadi adalah seorang pakar dalam bidang penggunaan tenaga dan sudah banyak menyumbang terhadap bidang kejurutera­an elektrik dan pengeluara­n tenaga khususnya di Palestin.

“Kami percaya, kerana kepakaran dimiliki serta sumbangann­ya, dia menjadi sasaran pembunuhan ejen perisik,” katanya yang turut memaklumka­n pensyarah itu sepatutnya menghadiri persidanga­n sains berkaitan penggunaan tenaga di Turki semalam.

Sehubungan itu, Khaled turut berharap pihak berkuasa di Malaysia dapat mengesan dua suspek terbabit dan melaksanak­an siasatan menyeluruh bagi mengelak mereka melepaskan diri.

Menurut laporan itu lagi, pada Disember tahun lalu, seorang jurutera penerbanga­n Palestin yang mahir dalam pembinaan dron iaitu Mohammed Zawahri turut dibunuh oleh ejen perisik ketika berada di Sfax, Tunisia.

Sebelum dibunuh, Zawahri tinggal di beberapa negara namun mengekalka­n hubungan rapat dengan pergerakan pejuang Hamas.

 ?? Abdul Ghani
Khaled ?? Kemudian ketika rakaat pertama, saya terdengar jeritan dalam bahasa Arab dengan nada cemas, ketika itu ingat ada bacaan imam yang salah, bagaimanap­un kami meneruskan solat kami” Dr Fadi adalah seorang pakar dalam bidang penggunaan tenaga dan sudah banyak menyumbang terhadap bidang kejurutera­an elektrik dan pengeluara­n tenaga khususnya di Palestin” DR Fadi banyak menyumbang terhadap bidang kejurutera­an elektrik.
Abdul Ghani Khaled Kemudian ketika rakaat pertama, saya terdengar jeritan dalam bahasa Arab dengan nada cemas, ketika itu ingat ada bacaan imam yang salah, bagaimanap­un kami meneruskan solat kami” Dr Fadi adalah seorang pakar dalam bidang penggunaan tenaga dan sudah banyak menyumbang terhadap bidang kejurutera­an elektrik dan pengeluara­n tenaga khususnya di Palestin” DR Fadi banyak menyumbang terhadap bidang kejurutera­an elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia