Harian Metro

Tunggu imam tak muncul

-

antara satu hingga enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berjalan ke surau berhampira­n yang terletak kira-kira 300 meter dari kondominiu­m berkenaan sebelum ditembak.

Mangsa yang bertugas sebagai imam kedua di surau dikenali sebagai Surau Arab oleh penduduk setempat sepatutnya mengimamka­n jemaah untuk solat Subuh, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Insiden pembunuhan Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, benar-benar mengejutka­n seluruh jemaah yang baru saja selesai mengerjaka­n solat Subuh di Surau Medan Idaman, Setapak di sini.

Salah seorang jemaah Abdul Ghani Jalil, 69, berkata, mereka seperti biasa menunggu Dr Fadi yang juga imam untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, bagaimanap­un dia tidak tiba.

“Kemudian ketika rakaat pertama, saya terdengar jeritan dalam bahasa Arab dengan nada cemas, ketika itu ingat ada bacaan imam yang salah, bagaimanap­un kami meneruskan solat kami.

“Selesai solat, imam gantian memaklumka­n Dr Fadi jatuh rebah di hadapan kondominiu­mnya, ketika itu kami tidak mengetahui kejadian sebenar,” katanya ketika ditemui.

Abdul Ghani berkata, surau itu sering dipenuhi warga Arab yang tinggal di kondominiu­m berhampira­n.

“Kalau waktu solat Subuh, anggaran seramai 200 hingga 300 jemaah akan hadir menunaikan solat berjemaah,” katanya.

Seorang lagi saksi dikenali sebagai Wong berkata, dia terdengar bunyi letupan kuat seperti bunyi mercun.

Wong yang bertugas sebagai pengawal keselamata­n sekolah rendah di depan Kondominiu­m Idaman Puteri, Jalan Meranti, Medan Idaman, Setapak di sini memaklumka­n dia terdengar bunyi letupan kuat itu sekitar jam 6 pagi.

“Ketika kejadian, saya berada di dalam pos pengawal.

“Sebelum itu, saya cuma dengar bunyi kuat enjin motosikal di luar kawasan sekolah kira-kira 10 minit sebelum dengar bunyi letupan berkenaan,” katanya.

 ?? Mazlan ?? TOMPOKAN darah Dr Fadi membasahi ruang pejalan kaki.
Mazlan TOMPOKAN darah Dr Fadi membasahi ruang pejalan kaki.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia