Harian Metro

34 juta penumpang naik MRT sejak 2016

-

Kuala Lumpur: Sejak beroperasi bermula Disember 2016 hingga Mac lalu, Transit Aliran Massa (MRT) merekodkan 34,360,000 penumpang.

Bahagian Komunikasi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) melaporkan, jumlah purata harian penumpang pada hari bekerja bagi tempoh Januari hingga Mac lalu ialah seramai 142,000 orang sehari.

MRT dengan laluan 51 kilometer (km) bagi laluan antara Sungai Buloh dan Kajang (SBK) berupaya mengurangk­an penggunaan 160,000 kenderaan di Lembah Klang.

Jurucakap RapidKL, Azhar Ghazali berkata, rekod penumpang menunjukka­n penerimaan positif pengguna terhadap pengangkut­an awam MRT dalam jajaran SBK.

Katanya, pembinaan stesen di kawasan strategik antara faktor perkhidmat­an itu menjadi pilihan.

“Kemudahan letak kenderaan serta bas perantara turut menjadi faktor ramai pengguna memilih MRT,” katanya.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Madeline Berma berkata, MRT antara kemudahan pengangkut­an awam diperlukan khususnya di kawasan mempunyai kepadatan penduduk tinggi, selain masalah kesesakan jalan raya.

Katanya, pembinaann­ya dalam laluan bersesuaia­n menunjukka­n kerajaan prihatin terhadap kualiti hidup dan kos hidup rakyat.

“Kemudahan seperti MRT ini jelas membuktika­n keprihatin­an kerajaan.

“Pembinaan itu turut membabitka­n jaringan integrasi pengangkut­an awam berasaskan rel dengan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit,” katanya.

Madeline berkata, sebagai pengguna, beliau melihat ia bukan saja memudahkan tetapi mempercepa­t perjalanan penduduk kota yang sentiasa berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas dan kos pengangkut­an tinggi.

“Jaringan berintegra­si ini berupaya mewujudkan perkhidmat­an berkualiti, meningkatk­an kecekapan dan menaik taraf perkhidmat­an awam di bandar utama,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu terus mempromosi penggunaan perkhidmat­an itu supaya lebih ramai kalangan rakyat mendapat manfaat.

“Selain melakukan promosi secara besar-besaran dan memperluas­kan jaringan, pengenalan ‘kad kesetiaan’ boleh diperkenal­kan sebagai insentif kepada pengguna yang setia,” katanya.

Bagi pengguna setia MRT, Norizah Nadira Mohd Rahmat, 28, dia memilih perkhidmat­an itu kerana ia menjimatka­n masa dan wang.

Dia yang menetap di Damansara berkata, secara purata tambang dibayar hanyalah RM7.40 sehari berbanding memandu kenderaan sendiri yang boleh menelan kos sehingga RM20 sehari.

“MRT lebih jimat dan praktikal. Sejak menggunaka­n kemudahan ini kira-kira setahun lalu, saya dapat berjimat masa, petrol, tol dan caj meletakkan kenderaan,” katanya.

 ??  ?? AZHAR
DR Madeline
AZHAR DR Madeline

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia