Harian Metro

JUARA SULUNG CABARAN SEKOLAH KPBPNB Inspektor Kesihatan MPBP tergamam menang kereta

-

Batu Pahat: Seorang Inspektor Kesihatan Majlis Perbandara­n Batu Pahat (MPBP), yang sedang bertugas tergamam apabila memenangi kereta Hyundai Ioniq Kappa 1.6 HEV Plus pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2018) di sini, kelmarin.

Nurhanani Muhammad Hadzir, 30, berkata, beliau tidak menaruh harapan memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah berkenaan selepas melihat pengunjung lain yang hadir membawa keratan akhbar borang peraduan yang jauh lebih banyak berbanding dirinya yang hanya menghantar

SMK Iskandar Shah bawa pulang hamper, 10 gelang kesihatan, wang tunai RM200 untuk setiap 10 peserta selepas MSAM 2018

10 penyertaan.

Katanya, apatah lagi ketika cabutan pemenang dilakukan penganjur beliau sibuk memantau kebersihan di kawasan Stadium Batu Pahat lokasi MSAM 2018 dilangsung­kan berikutan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan pembukaan acara itu.

“Namun ketika sedang sibuk bertugas saya dihubungi kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memaklumka­n perlu hadir di kawasan pentas utama dengan segera.

“Saya bergegas ke pentas utama kerana menyangkak­an perlu melakukan tugas dijemput menyertai Cabaran KPBPNB ini.

“Program Cabaran

KPBNB ini mungkin akan diteruskan pada MSAM seterusnya berikutan tujuannya yang murni iaitu mahu memberi pendedahan kepada pelajar untuk merancang kewangan dengan bijak.

“Malah pelajar serta ahli kelab turut diberi peluang menghadiri bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diadakan pada sebelah pagi sebelum mengikuti Cabaran KPBPNB dan melawat pameran MSAM 2018,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, wakil pelajar SMK Iskandar Shah, Muhammad Adri Hazim Zulkifli, 17, berkata, pasukannya teruja apabila sekolah mereka diumumkan menjuarai edisi sulung Cabaran KPBPNB.

“Cabaran yang diadakan bukan saja menyeronok­kan, malah bersifat ilmiah dengan menerapkan ilmu pelaburan serta kreativiti pelajar dalam membuat model motokar mini yang boleh bergerak.

“Saya bersama 40 pelajar SMK Iskandar Shah berharapan Cabaran KPBPNB akan diteruskan kerana ia program yang bermanfaat,” katanya. pembersiha­n di kawasan itu namun terkejut apabila tiba di sana, kakitangan penganjur menyatakan saya seorang daripada pemenang hadiah.

“Penganjur pada mulanya tidak memaklumka­n saya memenangi hadiah apa, namun sekali lagi saya tergamam apabila diumumkan memenangi kereta dan perlu menaiki pentas menerima hadiah daripada Perdana Menteri,” katanya.

Nurhanani yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata, beliau sekeluarga amat bersyukur kerana memenangi hadiah kereta berkenaan dan bercadang akan menggunaka­nnya.

 ?? Siti Norilah ?? SITI Norilah (tengah) bersama sebahagian pemenang Program Cabaran Sekolah KPBPNB di Stadium Batu Pahat, semalam. Tujuan Cabaran Sekolah KPBPNB mahu beri pendedahan kepada pelajar untuk merancang kewangan dengan bijak”
Siti Norilah SITI Norilah (tengah) bersama sebahagian pemenang Program Cabaran Sekolah KPBPNB di Stadium Batu Pahat, semalam. Tujuan Cabaran Sekolah KPBPNB mahu beri pendedahan kepada pelajar untuk merancang kewangan dengan bijak”
 ??  ?? PEMENANG hadiah cabutan bertuah, Nurhanani bersama kereta yang dimenangin­ya pada MSAM 2018 di Stadium Batu Pahat.
PEMENANG hadiah cabutan bertuah, Nurhanani bersama kereta yang dimenangin­ya pada MSAM 2018 di Stadium Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia