Harian Metro

494,662 dijangka keluar mengundi

-

Seramai 494,662 pengundi mengikut daftar pemilih semasa direkodkan di Melaka dijangka keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) negeri Haelmy Mohd Hanifah berkata, jumlah itu membabitka­n 479,379 pengundi biasa dan 15,172 pengundi awal membabitka­n anggota tentera 12,268 dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2,904.

“Bagi kategori pengundi tidak hadir iaitu pengundi yang berada di luar negara pula 111,” katanya.

Haelmy berkata, 240 pusat mengundi akan dibuka membabitka­n 209 pusat mengundi biasa dan 31 pusat mengundi awal masing-masing 25 bagi PDRM dan enam untuk anggota tentera.

“Di semua pusat mengundi itu, 938 saluran disediakan termasuk 889 saluran undi biasa. Bagaimanap­un, pengundi

>>Kerusi Parlimen dipertandi­ngkan PRU14 kekal 222 kerusi manakala, kerusi DUN pula 587 kerusi

awal bagi PDRM dan tentera kita sediakan asing-masing 27 dan 22 saluran,” katanya.

Sementara itu, Haelmy berkata, pengundi di negeri ini boleh menggunaka­n empat kaedah bagi mengetahui lokasi pusat dan saluran pada hari pengundian.

“Kaedah itu termasuk menggunaka­n aplikasi MYSPR SEMAK di telefon masing-masing bagi mendapatka­n maklumat mengenai Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), pusat mengundi, saluran dan masa pengundian dengan memasukkan nombor kad pengenalan pada bahagian Semakan Daftar Pemilih,” katanya.

Katanya, semakan boleh juga dilakukan di laman web SPR di pautan pengundi.spr.gov.my atau menghubung­i SPR di talian 06-2522066 atau SMS dengan menaip SPR<jarakSEMAK<jarak NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa -) dan hantar ke 15888.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia