Harian Metro

3,737 borang pencalonan terjual

-

Putrajaya: Setakat semalam, 1,220 borang pencalonan Parlimen dan 2,517 borang pencalonan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terjual.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) jumlah borang pencalonan dijual adalah di setiap negeri selain di Ibu Pejabat SPR, di sini.

“Sabah dan Labuan mencatatka­n jumlah jualan borang pencalonan bagi Parlimen dan DUN iaitu masing-masing 288 dan 605 borang.

“Pada masa sama, Perlis pula merekodkan jumlah jualan paling sedikit iaitu masing-masing lima borang pencalonan Parlimen dan 13 bagi DUN,” katanya dalam kenyataan kepada NSTP, semalam.

Katanya, harga bagi setiap set borang pencalonan Parlimen dan DUN dijual masing-masing RM20.

Jumlah kerusi Parlimen dipertandi­ngkan PRU14 kekal 222 kerusi manakala, kerusi DUN pula 587 kerusi.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April lalu selepas diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong, untuk memberi

PRU14.

Berikutan itu, SPR menetapkan hari pengundian pada 9 Mei menjadikan ia kali keempat hari pengundian dilangsung­kan pada hari bekerja manakala proses penamaan calon bagi PRU14 pada 28 April ini.

Proses pengundian awal

laluan

kepada ditetapkan pada 5 Mei dan tempoh berkempen bagi PRU14 akan berlangsun­g selama 11 hari bermula hari penamaan calon.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia