Harian Metro

REKOD TERTINGGI

-

Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia RM429.80 juta

Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia setakat Khamis lalu (19 April) mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata di bawah kepemimpin­an Barisan Nasional (BN), rekod terbabit berjaya dicapai walaupun terdapat penyebaran berita palsu mengenai ekonomi negara.

“Dalam pembangkan­g asyik sebar berita palsu mengenai ekonomi negara, pelabur asing dan pengurus dana terus yakin kepada Malaysia dan dasar ekonomi BN.

“Setakat khamis, aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia cecah rekod tertinggi satu tahun, RM429.80 juta,” kata Perdana Menteri dalam akaun Twitternya, semalam.

Sebelum ini, dilaporkan aliran masuk (bersih) mencatatka­n 389.35 peratus lebih tinggi berbanding aliran masuk bersih RM87.83 juta yang dicatat Rabu lalu.

Setakat minggu ini, Bursa Malaysia mencatat jumlah aliran masuk bersih RM560.96 juta.

Di Asia, Malaysia berada di tempat ketiga selepas China dan India, yang menerima kemasukan dana asing setakat tahun ini sebanyak RM3.4 bilion.

Najib juga berkata, setakat 13 April tahun ini, rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia mencecah paras AS$110.0 bilion (AS$1=RM3.90).

Menurutnya, ia satu lagi bukti keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara dan dasar ekonomi kerajaan BN yang berkesan.

Dalam kenyataan sebelum ini, bank pusat berkata, rizab AS$110 bilion lebih tinggi berbanding AS$107.8 bilion pada 30 Mac 2018.

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek. - BERNAMA

 ??  ?? NAJIB bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di APW Bangsar, semalam.
NAJIB bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di APW Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia