Harian Metro

Prinsip tidak sabotaj rakan

-

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berpegang kepada prinsip setiakawan dalam perjuangan politiknya dan tidak sesekali mensabotaj rakan dalam politik.

Menurutnya, tunjuk ajar yang beliau terima daripada Bapa Kemerdekaa­n Sabah Allahyarha­m Tun Datu Mustapha Datu Harun itu menjadi kunci utama perjuangan politiknya.

Katanya, beliau diajar Datu Mustapha supaya tidak sesekali mensabotaj rakan seperjuang­an dan parti, begitu juga rakyat serta negara sejak hari pertama menyertai politik.

Sehubungan itu, katanya, tuduhan mendakwa beliau punca Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilucutkan jawatan sebagai menteri kanan dan dikenakan tindakan tatatertib dalam UMNO tidak berasas, malah beliau tidak boleh dipersalah­kan.

“Dari (zaman) Allahyarha­m Tun Datu Mustapha, saya ikut sampai sekarang dan saya tidak pernah sabotaj orang (rakan seperjuang­an). Iitu bukan cara saya berpolitik.

“Saya (juga) diajar nenek moyang, kita mesti ikhlas, jujur dalam perjuangan. Itu kunci saya, jangan dengki, hasut dan buat fitnah tidak betul.

“Kenapa perlu salahkan saya (apabila Shafie dilucutkan jawatan). Dia mahu buat salah, mahu naik pangkat, itu hal dia.

“Saya bekerja bantu rakyat bangunkan negeri, buat sekolah, buat universiti, semua untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Jalinan Kasih Nelayan Daerah Sandakan dan Perasmian Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan

(PNK) Libaran di sini, semalam.

 ?? Musa Aman ?? Kenapa perlu salahkan saya (apabila Shafie dilucutkan jawatan). Dia mahu buat salah, mahu naik pangkat, itu hal dia.”
Musa Aman Kenapa perlu salahkan saya (apabila Shafie dilucutkan jawatan). Dia mahu buat salah, mahu naik pangkat, itu hal dia.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia