Harian Metro

‘KATA PUTUS ROS’

- Ibrahim Isa cnews@nstp.com.my

Tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) melanjutka­n tempoh pemilihan Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan UMNO berdasarka­n perlembaga­an parti politik itu dan ia tidak sepatutnya dijadikan isu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan ROS dibuat berdasarka­n perlembaga­an parti politik dan dalam kes ini, perlembaga­an UMNO membenarka­nnya.

“Ia berbeza kes lain, bagi kes Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mereka perlu mengadakan pemilihan di peringkat cawangan, hantar perwakilan ke atas, tetapi mereka tidak melakukann­ya, jadi itu melanggar perlembaga­an mereka. “Keputusan ROS kata putus kepada perlembaga­an UMNO, jadi ROS meluluskan lanjutan tempoh pemilihan berdasarka­n perlembaga­an UMNO sekarang ini, tidak timbul isu mengatakan UMNO tidak sah dan sebagainya.

“Selain itu, perlembaga­an UMNO menyatakan ahli yang membawa kes mahkamah kepada UMNO dilucutkan keahlian secara automatik,” katanya selepas program sarapan bersama masyarakat Tiong Hua di Taman Bukit Kempas, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 16 ahli UMNO memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan UMNO sebagai parti politik berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Semua 16 ahli dari Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Selangor mencabar kesahihan UMNO sebagai parti politik berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kerana menangguhk­an pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan sebanyak dua kali.

Dalam pada itu, Nur Jazlan mengalu-alukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian bertanding di kerusi sama pada PRU-14.

Menurutnya, kemenangan Osman sebelum ini disebabkan dia berkhidmat bersama UMNO membabitka­n jentera dan penyokong Barisan Nasional (BN).

“Bagaimanap­un, beliau ingin bertanding semula di kerusi itu bersama PPBM, saya alu-alukan kehadirann­ya di kerusi itu namun saya pasti penyokong BN membuat pilihan tepat,” katanya.

 ??  ?? NUR Jazlan
NUR Jazlan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia