Harian Metro

Susun jadual harian seimbang

-

Kuala Lumpur: Melalui hari yang sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti serta tugasan kerja tiada pengakhira­n sememangny­a cukup melelahkan.

Golongan pelajar misalnya, saban hari perlu menumpukan perhatian kepada akademik dan aktiviti sosial di luar kampus manakala orang dewasa pula sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Hal ini secara tidak langsung menyebabka­n kebanyakan orang dewasa dan remaja sukar untuk menjalani kehidupan sihat, sekali gus berdepan tekanan hidup.

Justeru, bagi memberi keseimbang­an dalam kehidupan yang menjamin gaya hidup sihat dan sentiasa kekal bertenaga walau berdepan aktiviti harian yang padat, tips disenaraik­an di bawah pasti membantu.

Pengurusan Masa Penetapan masa ialah faktor penting dalam kehidupan. Namun, berapa kerap kita mampu menyiapkan tugasan harian pada had waktu ditetapkan?

Pastinya ada sesetengah tugasan yang tidak mampu disiapkan dalam masa sehari. Oleh itu, dengan menyusun jadual tugasan ia boleh membantu.

Bagaimanap­un, disiplin tinggi diperlukan supaya jadual dapat diikuti, sekali gus membantu anda dapat melakukan pelbagai aktiviti lain dan meluangkan masa untuk diri sendiri.

Senaman teratur Melakukan senaman setiap hari bukan saja memberi manfaat kepada diri secara mental dan fizikal tetapi turut membantu mengekalka­n kecergasan sepanjang hari.

Bagi pelajar sekolah, mengikuti aktiviti kokurikulu­m dapat mencergask­an kembali minda dan fizikal. Aktif dalam kelab sukan atau acara lain bagi pelajar kolej pula dapat membantu mereka mengekalka­n keseimbang­an antara kesihatan dan tekanan akademik.

Golongan dewasa yang bekerja pula perlu bijak mencari masa yang sesuai dan alternatif lain untuk bersenam. Bersenam tidak memerlukan waktu khusus sebaliknya ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti berjalan-jalan di luar pejabat semasa rehat atau mungkin mengikuti kelas kecergasan seperti zumba, tinju dan lain-lain.

Pengambila­n nutrien yang betul

Kekangan masa mengakibat­kan ramai antara kita gagal mengambil makanan seimbang dan berkhasiat walaupun menyedari ia membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Oleh itu, mulakan hari anda dengan sarapan agar tubuh sentiasa dilengkapi nutrien yang betul dan berfungsi dengan baik sepanjang melakukan aktiviti.

Minum susu Goodday Charge bagi memulakan hari adalah pilihan tepat. Selain rasanya yang enak, susu diperkukuh dengan MultiPRO™ menawarkan 10 nutrien bermanfaat dan mengandung­i Vitamin B1, Vitamin C serta Niacin memberikan tenaga diperlukan sepanjang hari.

Susu Goodday Charge tersedia dalam saiz 1 Liter dan 200 mililiter (ml) yang boleh didapati di pasar raya utama dan kedai runcit manakala susu bersaiz

250ml boleh didapati di kedai serbaneka dan stesen minyak.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook www.facebook.com/ gooddaymil­kmalaysia.

 ??  ?? GOODDAY Charge membantu memberi tenaga sepanjang hari.
GOODDAY Charge membantu memberi tenaga sepanjang hari.
 ??  ?? AKTIVITI senaman bantu kekalkan kecergasan setiap hari.
AKTIVITI senaman bantu kekalkan kecergasan setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia