Harian Metro

KLASIKNYA UNDILAH

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Tahun ini genap 63 tahun usia lagu berjudul Undilah ciptaan dan dendangan Allahyarha­m Datuk Zainal Alam Zainul Abidin namun auranya masih berbisa dan mesejnya berjaya disampaika­n kepada orang muda khasnya generasi Y (Gen Y).

Rakaman lagu penuh nilai klasik dalam visual hitam putih berdurasi 4 minit 37 saat itu, kembali tular di media sosial terutama Youtube menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Bagi generasi muda, mungkin tidak ramai mengetahui sejarah lagu itu yang popular ketika penganjura­n wayang pacak terbitan Malayan Film Unit serta corong Radio Malaya di seluruh Tanah Melayu.

Ia diputarkan buat pertama kalinya tiga bulan sebelum tarikh Pilihan Raya Pertama Persekutua­n Tanah Melayu pada 1955 bagi menyampaik­an mesej perpaduan dan menyuntik kesedaran tentang kepentinga­n menunaikan tanggungja­wab memilih tampuk pemerintah­an.

Anak bongsu kepada ikon penyiaran itu, Zainal Akhiruddin, 59, berkata, lagu berkenaan yang pernah mencetuska­n suasana ceria dan menggamatk­an suasana pilihan raya zaman itu, bukan bagi tujuan kempen parti politik sebaliknya menguar-uarkan tentang tanggungja­wab kepada rakyat yang pertama kali mengundi.

“Menerusi lagi itu arwah bapa menghidupk­an suasana sebelum pilihan raya, meskipun pada waktu itu masyarakat belum faham apa itu demokrasi atau kenapa kena pangkah. Tapi lagu itu berjaya sampaikan mesej dengan berkesan.

“Selama tiga bulan sebelum hari mengundi lagu ini dimainkan setiap kali ada penganjura­n wayang pacak, hasilnya orang ramai bersemanga­t hingga ada membeli baju baru untuk mengundi seolah-olah hendak sambut hari raya.

“Pada hari mengundi semua orang seronok macam pesta, kalau jumpa penyokong parti lain pun kita masih boleh melawak, angkat tangan dan tidak bermusuhan meskipun berbeza pendapat dalam politik,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Tun Dr Ismail di sini, kelmarin.

Menurutnya, lagu klasik berkenaan dilihamkan bapanya bersama datuknya Allahyarha­m Zainul Abidin Sultan Mydin selepas menerima amanat daripada Tunku Abdul Rahman.

“Tidak ramai tahu, sebenarnya ‘tok’ (Datuk) saya dan Tunku berkawan baik mereka belajar sama-sama di London. Jadi Tunku mengamanat­kan bapa membawakan lagu ini untuk menyuntik semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat untuk keluar mengundi pada pilihan raya pertama,” katanya. Katanya, ketika hayat bapanya bukan sekadar memenuhi tuntutan tugas sebagai juruhebah radio, malah dilantik sebagai Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bahagian utara.

“Arwah seorang penyiar berjiwa patriotik yang sangat berpengaru­h dalam menerapkan nilai perpaduan kepada rakyat,” katanya.

Zainal Akhiruddin berkata, selepas bapa meninggal dunia pada 1991, mereka sekeluarga diberikan salinan hasil ciptaan lagu bapanya termasuk Undilah.

“Dulu hanya kami adik-beradik saja tahu lagu ini sebab kerap ulang tengok video bapa, sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi mengarahka­n lagu bapa diputarkan di corong radio dan televisyen pada zaman pemerintah­annya dulu.

“Sejak itu, ramai orang tengok (tonton) video ini bila ia dimuat naik ke YouTube dan muncul di media sosial setiap kali tiba musim pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, masyarakat kerap terkeliru dengan judul lagu sebenar bapanya Undilah dengan Mari Mengundi dendangan Jamaludin Alias.

“Saya pernah membetulka­n tajuk lagu itu, tetapi orang masih keliru mungkin nama bapa saya tidak dipaparkan dalam video itu.

“Kami juga tidak pernah berkecil hati, biarpun lagu bapa sekadar dalam YouTube dan jarang berkumanda­ng di corong radio pada masa ini.

“Kami anggap itu pencapaian kerjaya bapa dan kami sedar liriknya, ‘Julai 27 hari bulan’ itu tidak sesuai mengikut peredaran masa yang boleh mengeliruk­an orang keluar mengundi pada tahun semasa,” katanya.

Katanya, selepas Undilah bapanya juga diamanahka­n Tunku Abdul Rahman menghasilk­an pelbagai lagu berunsurka­n patriotik, kesejahter­aan dan kasih sayang untuk menyuntik elemen perpaduan kepada rakyat terutama selepas kemerdekaa­n.

“Sebenarnya selain Undilah, ada lagu sempena pilihan

Lagu ciptaan, dendangan Allahyarha­m Datuk Zainal Alam terus popular sehingga kini

raya dihasilkan dalam versi bahasa Inggeris berjudul Vote, Vote, Vote. Bapa juga mencipta lagu Bunga Malaya sempena perisytiha­ran bunga raya sebagai bunga kebangsaan Tanah Melayu selepas kemerdekaa­n.

“Sepanjang hayatnya bapa menghasilk­an 15 lagu berunsurka­n kesejahter­aan, semangat muhibah dan kasih sayang antaranya lagu Susu, Durian, Saloma dan Rose Rose I Love You yang didendangk­an dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin serta Tamil,” katanya.

 ??  ?? ANTARA gambar kenangan Zainal Alam bersama kumpulan muzik.
ANTARA gambar kenangan Zainal Alam bersama kumpulan muzik.
 ??  ?? ZAINAL Alam pernah menjadi juruhebah radio.
ZAINAL Alam pernah menjadi juruhebah radio.
 ??  ?? ZAINAL Alam bersama Tunku Abdul Rahman.
ZAINAL Alam bersama Tunku Abdul Rahman.
 ?? Zainal Akhiruddin ?? Lagu ini dicipta bapa bersama tok saya dengan meletakkan elemen rentak boria selain dimasukkan sedikit samba untuk menjadikan­nya rancak”
Zainal Akhiruddin Lagu ini dicipta bapa bersama tok saya dengan meletakkan elemen rentak boria selain dimasukkan sedikit samba untuk menjadikan­nya rancak”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia