Harian Metro

LIMA TAHUN TAK NAIK

- Ifwan Tun Tuah dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor news@nstp.com.my

BN Negeri Sembilan lancar manifesto garis 18 inisiatif

Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilancarka­n semalam, bertemakan Bukti, Bukan Sekadar Janji menggarisk­an dua teras utama dengan 18 inisiatif.

Manifesto yang diumumkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan itu juga seiring dengan dasar ke arah Negeri Sembilan moden 2045 membabitka­n Pelan Pembanguna­n Negeri Sembilan Moden 2045, Pelan Pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia (MVV) dan Pelan Hala Tuju Luar Bandar.

Dua teras utama yang dijanjikan BN Negeri Sembilan dalam manifesto bagi tempoh 2018-2022 itu ialah Memakmurka­n Negeri dan Mensejahte­rakan Rakyat.

Di bawah teras memakmurka­n negeri, BN meletakkan sembilan inisiatif iaitu ekonomi, pelaburan, infrastruk­tur, pendidikan, pelanconga­n, pertanian, perpaduan, alam sekitar dan perkhidmat­an awam.

Bagi teras mensejahte­rakan negeri pula, BN menggarisk­an sembilan inisiatif iaitu perumahan, kesihatan, sukan, Orang Asli, belia, wanita, kemiskinan, keselamata­n dan alam sekitar.

Mohamad Hasan turut mengumumka­n Skim Mensejahte­rakan Rakyat di dalam manifesto BN itu termasuk memberi tambahan caruman Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bagi bayi baru lahir.

Skim itu juga memberi bantuan khas RM1,000 dan RM500 masing-masing bagi anak jati Negeri Sembilan yang melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana muda dan diploma.

Selain itu, antara yang menarik dalam skim berkenaan ialah bantuan khas RM550 kepada rakyat Negeri Sembilan yang baru berkahwin dan bantuan khairat kematian RM1,000 bagi setiap warga Negeri Sembilan.

BN turut berjanji tidak menaikkan cukai tanah dan cukai pintu individu selama lima tahun selain semua rumah ibadat diberikan rebat bil air yang memerlukan mereka membayar RM1 saja setiap bulan.

Portal rasmi kerajaan Negeri Sembilan www.bnns 2rakyat.com yang mengandung­i akujanji, manifesto BN Negeri Sembilan pada PRU-14 dan pencapaian pentadbira­n sepanjang lima tahun lalu turut dilancarka­n semalam.

Portal berkenaan memaparkan 44 daripada 45 intipati akujanji yang sudah dilaksanak­an BN negeri pada PRU-13.

“Hanya satu akujanji tidak dilaksanak­an iaitu menaiktara­f Masjid Negeri, Kompleks Mahkamah Syariah dan pusat sumber sedia ada.

“Ia lebih bersifat kemahuan berbanding kehendak, namun akan dijalankan secara berfasa,” katanya.

Mohamad berkata, portal turut memaparkan pelaksanaa­n kerja oleh agensi dan jabatan kerajaan dalam memberikan perkhidmat­an kepada rakyat.

 ??  ?? MOHAMAD Hasan menyerahka­n buku manifesto BN kepada wakil Generasi Anak Muda, Ahmad Mudhamir Zainudin (depan dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Manifesto BN dan Pelancaran Portal.
MOHAMAD Hasan menyerahka­n buku manifesto BN kepada wakil Generasi Anak Muda, Ahmad Mudhamir Zainudin (depan dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Manifesto BN dan Pelancaran Portal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia