Harian Metro

RM4 JUTA HANGUS

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Menggunaka­n nama bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk seorang bekas ketua polis negeri mengumpan mangsa.

Itu taktik licik sindiket penipuan pelaburan emas didalangi dua beranak dengan seorang daripadany­a bergelar Datuk menyebabka­n kerugian kepada 28 mangsa dengan jumlah keseluruha­n lebih RM4 juta sejak 2016.

Dua beranak itu menjalanka­n kegiatan melalui syarikat berselindu­ng di sebalik nama yayasan dan dewan perniagaan untuk mendapatka­n kepercayaa­n mangsa itu menyasarka­n golongan pesara kerajaan serta swasta memiliki wang persaraan yang banyak.

Modus operandi mereka menawarkan emas dilabur mengikut pakej seberat 1 gram (g) bersamaan RM173 atau emas seberat 1 kilogram (kg) bersamaan RM173,000.

Jumlah keuntungan setiap bulan dijanjikan 25 hingga 35 peratus bergantung kepada jumlah pelaburan.

Pesara swasta Zulkifli Ahmad, 59, berkata, dia kerugian RM300,000 selepas menyertai skim pelaburan itu pada November 2016.

Katanya, syarikat itu sudah lama tidak membayar faedah pelaburan dan hanya memberikan dokumen sebagai jaminan menerima keuntungan.

“Ketika itu, seminar mengenai skim pelaburan emas diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan ramai mendengar penjelasan pakej ditawarkan.

“Saya mengeluark­an simpanan untuk menyertain­ya, pada awalnya ada pulangan diterima setiap bulan.

“Namun, bermula Februari 2017, syarikat itu mula tidak membayar keuntungan pelaburan dan meragukan.

“Saya diugut pemilik syarikat itu hingga berpindah rumah dan menyembuny­ikan diri,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan bersama 27 mangsa lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, semalam.

Mangsa pesara guru Mohd Top Dol, 75, berkata, dia mengeluark­an wang persaraan dan simpanan RM600,000 selepas tertarik dengan pakej pelaburan itu.

“Saya tertarik dengan tawaran dijanjikan, ditambah pula syarikat itu sebuah yayasan dan saya ingin membantu perniagaan orang Melayu.

“Ramai dalam kalangan individu bergelar orang kenamaan (VIP) menyertai pelaburan itu sekali gus menambahka­n lagi kepercayaa­n saya.

“Akhirnya, saya sedar ditipu selepas syarikat itu tidak lagi memberikan pulangan setiap bulan, malah pemilik syarikat itu sudah memiliki lapan kereta mewah, sedangkan saya hanya ada sedikit

28 jadi mangsa tipu sindiket pelaburan emas dua beranak

wang perbelanja­an,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddi­n Hashim meminta polis menyiasat dan membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan.

“Mereka menjadikan golongan pesara sasaran, mangsa kehilangan rumah, mengeluark­an simpanan Tabung Haji malah ada dirawat akibat serangan jantung tertekan dengan kerugian ditanggung,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HISHAMUDDI­N (tengah) bersama mangsa membuat laporan penipuan pelaburan emas di IPD Sentul.
HISHAMUDDI­N (tengah) bersama mangsa membuat laporan penipuan pelaburan emas di IPD Sentul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia