Harian Metro

Dua beradik terbabas masuk parit

-

7 pagi, kedua-dua mereka menaiki motosikal Honda Wave bertembung dengan Proton Saga BLM yang dipandu wanita berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun.

Muhammad Sufian bagaimanap­un hanya terseliuh kaki selepas tercampak akibat pelanggara­n berkenaan. Manakala pemandu kereta tidak cedera dan anak lelakinya cedera di pipi dan kaki.

“Ketika melalui kawasan kejadian, saya melihat kereta itu seolah-olah hilang kawalan sebelum merempuh motosikal kami dan terjunam dalam parit di sebelah kanan jalan,” katanya.

Sementara itu, bapa Muhammad Saufi, Mohd Asri Homdan, 50, berkata, dia terkejut apabila mendengar berita anak ketujuh dan kelapan daripada 13 beradik itu terbabit kemalangan.

Menurutnya, Muhammad Saufi yang patah paha kiri, tulang jari kaki kiri dan tangan kiri kini dirawat di HTI dan memerlukan pembedahan segera.

“Disebabkan saya berniaga secara kecilkecil­an, saya berusaha mengumpulk­an sedaya mungkin bagi menampung kos pembedahan­nya (Muhammad Saufi).

“Malah, doktor sudah menetapkan pembedahan bakal dijalankan pada 23 April ini dan saya mohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan kepada Muhammad Saufi boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam (12-056-02-257239-7) atas nama Mohd

Asri Homdan atau menghubung­inya terus di talian 011-12262556.

 ??  ?? KEADAAN mangsa kemalangan Muhammad Saufi akibat kemalangan ketika dirawat di Hospital Teluk Intan.
KEADAAN mangsa kemalangan Muhammad Saufi akibat kemalangan ketika dirawat di Hospital Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia