Harian Metro

‘SAYA MUNGKIN TAK KEMBALI’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my ABDUL Raziff

Suami reda pemergian Liyana derita penyakit para tiroid

“Sebelum pembedahan (membuang kelenjar para tiroid) arwah ada maklumkan mungkin ini kali terakhir dia bersama kami, dia juga ada beritahu mungkin tak akan kembali lagi.

“Jadi, kami reda dengan pemergiann­ya selepas sekian lama berdepan ujian,” kata Mohd Taufiq Abdullah, 42, suami kepada pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang meninggal dunia, kelmarin.

Menurutnya, doktor sebelum ini memaklumka­n kepada seluruh ahli keluarga termasuk Nurliyana, sendiri mengenai risiko pembedahan dijalani arwah isterinya itu pada 13 April lalu.

Katanya, mereka tidak ada pilihan kerana pembedahan itu adalah satu-satunya jalan terbaik buat Nurliyana dan keputusan itu dibuat sendiri oleh arwah.

“Jika tidak jalankan pembedahan sekali pun kesan penyakit itu memang serius. Tapi jika dibedah peluang untuk arwah meneruskan kehidupan masih ada, walaupun risikonya amat tinggi.

“Sebenarnya pembedahan membuang empat kelenjar para tiriod di bahagian leher berjaya, tetapi dua hari kemudian arwah mengalami pelbagai komplikasi terutama membabitka­n paru-paru dan jantung.

“Doktor pakar pun sudah maklumkan kepada kami secara mendalam mengenai risiko pembedahan. Kami berikan kepercayaa­n kepada mereka untuk buat yang terbaik. Namun tuhan lebih sayangkan arwah,” katanya.

Mohd Taufiq berkata demikian ketika ditemui selepas pengebumia­n arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Batu Enam Banting di sini, jam 10 pagi, semalam. Terdahulu, jenazah Nurliyana, disembahya­ngkan di Masjid Al-Taqwa, Banting.

Dia memberitah­u, semua ahli keluarga reda dengan apa yang berlaku dan sudah berusaha memberikan yang terbaik untuk melihat Nurliyana kembali hidup normal.

“Saya berasa segala pengorbana­n untuk isteri selama ini belum cukup. Saya cuma berikan apa yang termampu sepanjang tujuh tahun kami bergelar suami isteri.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah sebelum dia menjalani pembedahan kedua Selasa lalu. Ketika itu dia tidak boleh bercakap disebabkan kesan pembedahan pada leher.

“Ketika itu arwah menulis bagi memaklumka­n kesakitan dialaminya, mahu makan masakan nenek apabila sembuh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, bapa Nurliyana, Abdul Raziff Mohammad Radzi, 55, berkata, dia dan keluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu meringanka­n beban mereka sekeluarga termasuk doktor dan kakitangan hospital yang berusaha memberikan rawatan terbaik buat arwah anak sulungnya itu.

“Terima kasih kepada semua yang membantu memberikan semangat dan tidak putus mendoakan Nurliyana. Di saat kami dalam keadaan begini ramai yang membantu dan memberikan sokongan, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa anda semua,” katanya.

Nurliyana, menghembus­kan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hopital Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin selepas tekanan darahnya menurun sebelum degupan jantungnya terhenti.

 ??  ?? MOHD Taufiq
MOHD Taufiq
 ??  ?? MOHD Taufiq bersama ahli keluarga kelihatan sebak pada majlis pengebumia­n Nurliyana di Tanah Perkuburan Islam Batu Enam, Banting, Selangor.
MOHD Taufiq bersama ahli keluarga kelihatan sebak pada majlis pengebumia­n Nurliyana di Tanah Perkuburan Islam Batu Enam, Banting, Selangor.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Taufiq menyiram air bunga mawar di pusara Nurliyana.
MOHD Taufiq menyiram air bunga mawar di pusara Nurliyana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia