Harian Metro

MISI JEJAK 6 MAYAT

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@ hmetro.com.my

Mengendali operasi mengeluark­an mayat mangsa nahas helikopter membabitka­n Ahli Parlimen Rompin Allahyarha­m Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima mangsa lain di Semenyih, Selangor, pada 4 April 2015.

Itu antara pengalaman sukar dilupakan Penguasa Kanan Bomba II, Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan, 33, yang menjadi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak 2011.

Muhammad Firdaus yang lebih suka disapa sebagai Mamu berkata, operasi mengeluark­an mayat ketika itu mencabar kerana helikopter dinaiki Dr Jamaluddin terhempas di kawasan hutan.

“Untuk masuk ke kawasan hutan dengan keadaannya berbukit itu, mengumpulk­an mayat dan membawa keluar keenam-enam mangsa sememangny­a mencabar.

“Namun, dengan ilmu dan latihan keras dalam JBPM, tugas berkenaan dapat dijayakan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan,” katanya.

Anak keempat daripada lima beradik yang juga pemenang Anugerah Khidmat Cemerlang JBPM 2016 dan Anugerah Terpuji JBPM 2014 serta 2017 itu berkata, dia mula terdedah dalam tugas kebombaan ketika belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan menyertai Kadet Bomba.

Menurutnya, dia suka membabitka­n diri dalam aktiviti mencabar dan lasak sebelum mengambil keputusan menyertai pasukan bomba.

“Kerja bomba bukan mudah, ketika orang lain lari daripada kebakaran kita akan redah api untuk menyelamat­kan mangsa.

“Setiap saat ketika bertugas, kami anggota dan pegawai bomba itu sendiri terdedah kepada risiko

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia