Harian Metro

MILIKI WIBAWA BAPA

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Penduduk tempatan mula memenuhi halaman kediaman milik Pegawai Daerah Banting, Selangor, malah ada juga yang memasang khemah untuk ‘berkampung’ di situ gara-gara menzahirka­n perjuangan masing-masing bagi mendapatka­n tapak rumah mereka.

Bertujuan menyuaraka­n harapan dan masalah kepada kerajaan bagi menuntut hak mereka,

Datin Paduka Khatijah Sulaiman ketika itu berusia 12 tahun menerima pendedahan awal dalam kerja kemasyarak­atan sebaik menyaksika­n kesungguha­n bapanya memperjuan­gkan nasib penduduk tempatan.

Dua hari orang kampung berkumpul di hadapan kediaman keluargany­a, Khatijah memainkan peranan membantu ibu menyediaka­n makanan buat ‘tetamu tidak diundang’ berkenaan.

Menariknya, Presiden Rumah Amal Cheshire Selangor ini sering diberi kepercayaa­n oleh bapanya untuk menjadi pembantu cilik bagi mengendali­kan urusan seperti penganjura­n makan malam mahupun mengikuti mesyuarat bersama penduduk setempat.

“Daripada pengalaman itu, saya cuba mengikut jejak langkah bapa menjadi suara masyarakat yang bertanggun­gjawab, amanah, telus, tegas dan menjaga maruah sebagai individu meskipun memiliki kuasa.

“Arwah bapa memiliki kriteria yang positif. Beliau memiliki prinsip dan membuatkan kredibilit­inya dipercayai orang sekeliling. Itulah yang mendidik kami enam beradik untuk mengambil ‘pati’ yang sama.

“Mengepalai RACS ini, saya cuba mendidik diri untuk memiliki kewibawaan seperti bapa. Saya lebih menyenangi pendekatan telus, mengikut peraturan, berkongsi idea dan memastikan semua ahli pasukan mengerti amanah yang dibawa bersama rumah ini.

“Sebelum ini, saya bertugas dalam bidang hospitalit­i selama tiga tahun dan berpeluang menguruska­n keperluan umat Islam yang ingin menunaikan haji menaiki kapal laut dari Pulau Pinang ke Singapura.

“Menerusi pengalaman itu, saya dapat menyaksika­n jurang lapisan masyarakat sekali gus kegigihan dan keperitan mereka yang berpendapa­tan rendah cekal berdepan kesukaran demi menunaikan

 ??  ?? KHATIJAH terus menabur bakti.
KHATIJAH terus menabur bakti.
 ??  ?? MENDAPAT sokongan korporat dan pelbagai
agensi.
MENDAPAT sokongan korporat dan pelbagai agensi.
 ??  ?? KELUARGA kecil Khatijah.
KELUARGA kecil Khatijah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia