Harian Metro

Cantik sebab bedah plastik

-

Tidak dinafikan selebriti popular ini makin lama makin cantik dan mengancam. Lihat bentuk tubuhnya yang langsing dan mantap membuatkan ramai terliur.

Kalau hendak dibandingk­an awal kemunculan­nya dalam industri seni, perubahan berlaku pada dirinya ibarat 360 darjah. Meletop dan kebaboom!

Ada yang bertanya selebriti popular ini apa rahsia kecantikan­nya, jawapan diberikan sudah tentulah produk kecantikan yang dijual sekarang.

Disebabkan perubahan pada diri selebriti popular ini, produk kecantikan yang dihasilkan dan dijual laku ‘keras’.

Mana tidaknya Cik Pang sendiri terpengaru­h dan mahu mendapatka­n produk terbabit. Mana tahu Cik Pang boleh jadi secantik selebriti popular itu.

Bagaimanap­un apabila bercerita dengan teman-teman artis mengenai produk dijual selebriti popular itu yang dikatakan mampu mengubah kulit tubuh dan wajah menjadi lebih cantik, mulus, tegap dan anjal, mereka nasihatkan Cik Pang agar tidak tertipu.

Berkerut juga muka Cik Pang apabila dengar apa yang dikatakan temanteman artis ini. Tak mungkin selebriti popular itu mahu berbohong pula, sedangkan bukti sudah ada dihadapan mata.

Jelas mereka, sebenarnya selebriti itu cantik bukan kerana mengamalka­n produk kecantikan dan makanan kesihatan yang dijual sebaliknya ia disebabkan operasi membuang lemak dan pembedahan plastik.

Perkara itu membuatkan Cik Pang berasa hairan. Kalau benar apa yang dikata mereka, bermakna selebriti popular ini melakukan operasi dan pembedahan plastik membabitka­n keseluruha­n badan?

Teman artis tadi mengangguk­kan kepala dan katanya, selebriti popular ini sanggup berhabis untuk memastikan dirinya nampak cantik dan ‘meletop’ sebelum produknya berada di pasaran.

Wow! kalau benarlah bagai dikata bermakna teruk jugalah selebriti popular ini harus menanggung azab perit melakukan operasi seluruh badan.

Tapi apa yang menghairan­kan Cik Pang, bila masa dia melakukan operasi tubuh?

Bukan apa, Cik

Pang nampak dia ada saja di mana-mana. Atau mungkin dia buat sikit-sikit mungkin sampaikan ramai yang tidak menyedarin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia