Harian Metro

Bandar seribu istana

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin jamilulanb­ia@yahoo.com.my

Jaipur tawar pelbagai jenis fabrik jauh lebih murah berbanding Vietnam serta Bandung

Acap kali ‘factory outlet’ di Bandung, Indonesia atau pasar Dong Xuan di Hanoi, Vietnam dilabel sebagai syurga membeli belah bagi kaki melancong warga Malaysia.

Namun, padamkan seketika dua lokasi itu berikutan bandar Jaipur di India mampu menyaingi dua kota berkenaan.

Di sinilah terdapatny­a pelbagai fabrik termasuk sari sutera India yang boleh dibeli pada harga murah sekitar 1,000 rupee (RM60) sepanjang tujuh meter berbanding RM150 hingga RM300 di Malaysia.

Tidak hairanlah ramai kenalan yang pernah ke Jaipur jadi ‘gila’ dan akan memborong sebanyak mungkin kain sari yang jauh lebih murah.

Ini berikutan kian ramai memilih kain sari untuk dibuat baju kurung atau baju raya berikutan coraknya yang disifatkan menonjol dan lebih menarik.

Itu belum lagi mengambil kira pelbagai fabrik lain, hasil kraftangan, perhiasan logam serta batu permata yang menjadi kebanggaan ibu negara Rajashtan ini.

Penulis yang dipelawa syarikat AirAsia X menelusuri dan mengenali kota Jaipur selama lima hari sukar untuk menolak peluang keemasan ini.

Mulanya terdetik di hati gambaran kota Jaipur sama seperti Mumbai atau Delhi. Panas, sesak dan memeningka­n dengan gelagat penduduk membuang air di merata tempat sesuka hati.

Namun, sangkaan itu meleset apabila kunjungan ke Jaipur disapa dengan kedinginan suhu 15 darjah Celsius, selain sikap mesra masyarakat­nya.

Tidak hairanlah ramai rakan penulis sanggup menempuh perjalanan sejauh 250 kilometer dari kota Delhi ke Jaipur semata-mata untuk melihat keunikan bandar seribu istana ini.

Mereka terpaksa mengambil masa lebih lima jam berikutan tiada perkhidmat­an penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur ketika itu.

Pada hari pertama berada di Jaipur, penulis dibawa melihat keunikan istana Hawa Mahal di tengah ibu kota Jaipur. Kehebatan seni bina lama kota ‘merah jambu’ ini melatari hampir seluruh ceruk bandar ini.

Binaan istana Hawa Mahal dengan puluhan tingkap kecil ini menjadi simbol ikonik kota Jaipur yang menjangkau usia 200 tahun ini.

Menurut sejarah, golongan wanita di kalangan bangsawan istana akan berselindu­ng di sebalik binaan itu yang memiliki hampir 900 tingkap kayu dipanggil Jharokhas untuk melihat sebarang festival atau perayaan di jalan berhadapan Hawa Mahal.

Keunikan binaan dari pasir merah dan merah jambu ini membuat penulis kagum kehebatan arkitek dan ilham pengasasny­a Maharaja Sawai Jai Singh.

Malah kewujudan deretan kedai di bawah dan sekeliling Hawa Mahal dan kota istana dibina pada 1799 ini memudahkan pengunjung untuk membeli belah.

Tapi harus diingat, pelancong Malaysia yang mahu membeli barangan dihajati harus bijak tawar menawar. Kebanyakan peniaga di sini boleh berunding walaupun sedikit agresif. Sebaiknya minta potongan 50 peratus daripada harga diletakkan.

Jika mereka berkeras, anda hanya perlu bangkit dan keluar dari kedai berkenaan. Mereka pasti akan memanggil anda semula dan bersetuju dengan harga yang anda minta.

Kain sari sutera, barangan kraftangan logam, capal kulit unta, buku dan batu permata amat mudah didapati di sini. Penulis yakin pelancong ‘jimat cermat’ sekalipun akan rambang mata jika mengetahui harga yang mampu diperoleh.

Selain Hawa Mahal dan ribuan kedai di sekeliling­nya, penulis turut dibawa melihat kehebatan ‘tembok besar India’ yang kedengaran begitu asing berbanding Tembok Besar China.

Mercu tanda ini walaupun tidak sehebat Tembok Besar China, namun mampu mencetuska­n kekaguman apatah lagi ia dibina merentasi bukit bukau.

Lokasi ikonik turut dikenali sebagai Amber Palace atau Amer Fort terletak 11 kilometer dari Jaipur mula dibina pada 1558 dan terus kukuh hingga kini.

Binaan kota istana Amber Palace ini dianggap destinasi wajib dikunjungi sekiranya melancong ke Jaipur, apatah lagi ia diiktiraf sebagai Warisan Budaya Terpelihar­a oleh Pertubuhan Pendidikan,

 ??  ?? BINAAN istana Hawa Mahal yang memukau hingga diberi jolokan istana merah jambu.
BINAAN istana Hawa Mahal yang memukau hingga diberi jolokan istana merah jambu.
 ??  ??
 ??  ?? PANORAMA kota Jaipur yang boleh dilihat dari kota Jaigarh Fort.
PANORAMA kota Jaipur yang boleh dilihat dari kota Jaigarh Fort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia