Harian Metro

Makan tanpa protokol

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Ombak Kitchen Bukit Jelutong tawar pelbagai sajian makanan laut segar

Kalau sebelum ini warga kota perlu memandu sejauh 60 kilometer untuk mencari lokasi restoran makanan laut di kawasan pesisiran pantai demi menikmati hidangan segar, kini tidak perlu lagi apabila restoran Ombak Kitchen Bukit Jelutong menawarkan hidangan berkenaan.

Menariknya saiz udang, sotong mahupun ketam yang disajikan di restoran berkenaan bergred premium selain berkualiti import seperti kerang Hamaguri, ketam Alaskan dan udang kara Kanada pastinya dapat memenuhi selera peminat hidangan laut tempatan.

Penulis dan jurufoto sempat mencuba hidangan laut itu bersama tiga pilihan sos menarik seperti Ombak Hot Cajun, Dark Chili Chocolate dan Creamy

Lemon Butter mengakui sajian berkenaan bukanlah hidangan tipikal makanan laut yang biasa dinikmati.

Bermula dengan suapan pertama lagi, rasa manis hidangan isi hidangan laut bercengker­ang seperti kepah, udang dan ketam dapat dirasai meskipun sudah disaluti sos pedas seperti rempah cajun ataupun cili.

Ketua Pegawai Eksekutif Ombak Kitchen Sharita Loo, berkata bukan saja sajian berkualiti premium, restoran itu juga memberi pengalaman berbeza apabila pengunjung restoran boleh menikmati hidangan terbabit dengan tangan tanpa rasa segan.

“Konsep kami di sini ialah santai kerana biasanya selain hidangan enak ialah kenangan ketika menikmati hidangan itu sendiri yang menjadikan ia lebih bermakna.

“Justeru tiada protokol di meja ketika menikmati makanan laut itu dan pelanggan boleh makan dengan tangan.

“Cara memesan juga mudah kerana di sini kami tawarkan empat kombo mengikut saiz hidangan, kemudian diikuti pilihan sos diinginkan mengikut tahap kepedasan dan terakhir ialah membuat pilihan hidangan sampingan sebagai pelengkap.

“Selain hidangan kombo makanan laut terbabit, ada juga sajian ala carte boleh dipilih untuk mereka yang mahu menikmati menu lain,” katanya.

Tambah Sharita, cara penyediaan makanan laut di restoranny­a menggunaka­n kaedah sihat menjadikan hidangan unik dan istimewa.

“Biasanya hidangan makanan laut tempatan dimasak dengan kaedah goreng tetapi di sini cef memilih untuk rebus kerana ia dapat mengekalka­n kesegaran ramuan penting. Selain itu sos dimasak juga menggunaka­n mentega sebagai elemen menumis.

“Pengakhira­n sempurna buat setiap kali pengunjung menikmati hidangan kami menerusi pilihan pencuci mulut istimewa iaitu ‘Heavenly Manis’ iaitu bufet buahbuahan dan krep durian.

“Istimewany­a apabila ia disediakan penuh artistik oleh staf berpengala­man mengikut saiz hidangan dipesan pelanggan,” katanya.

Turut menarik terdapat di restoran terbabit ialah minuman Bubble Tea dan Mocktail menggunaka­n resipi sendiri.

 ?? FOTO ?? INFO
OMBAK KITCHEN LOKASI : No.5.G.01 D’Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. WAKTU OPERASI: Selasa hingga Jumaat (5 pm hingga 11 pm)
& Sabtu dan Ahad (12 pm hingga 12 am).
Isnin cuti. SHARITA bersama tiga kombo hidangan...
FOTO INFO OMBAK KITCHEN LOKASI : No.5.G.01 D’Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. WAKTU OPERASI: Selasa hingga Jumaat (5 pm hingga 11 pm) & Sabtu dan Ahad (12 pm hingga 12 am). Isnin cuti. SHARITA bersama tiga kombo hidangan...
 ??  ?? ‘HEAVENLY manis’ sajian pencuci mulut istimewa .
‘HEAVENLY manis’ sajian pencuci mulut istimewa .
 ??  ?? EKSOTIK tetapi enak itu boleh digambarka­n pada hidangan menggunaka­n Dark Chilli Chocolate.
EKSOTIK tetapi enak itu boleh digambarka­n pada hidangan menggunaka­n Dark Chilli Chocolate.
 ??  ?? SAIZ hidangan laut juga premium.
SAIZ hidangan laut juga premium.
 ??  ?? PILIHAN menarik minuman Bubble Tea.
PILIHAN menarik minuman Bubble Tea.
 ??  ?? MENARIK hidangan lengkap iaitu makanan laut bersama jagung.
MENARIK hidangan lengkap iaitu makanan laut bersama jagung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia