Harian Metro

JENTERA SPORTS TOURER SEJATI

- Mrazlan@nstp.com.my

Hampir dua dekad menyepi selepas kali terakhir melancarka­n model Jaguh 175 pada 1999, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menjengah lagi pasaran motosikal kelas pertengaha­n apabila melancarka­n motosikal berkuasa tinggi kedua, Dominar D400.

Pelancaran motosikal sports tourer ini adalah model ketiga hasil kerjasama dengan Bajaj Auto Limited (Bajaj Auto) selepas pengenalan model Pulsar dan V15, tahun lalu.

Jentera terbaik daripada Bajaj Auto ini me nawarkan gabungan kuasa mantap untuk pecutan singkat dan operasi enjin lancar bagi tujuan pengembara­an jarak jauh.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Pengagihan Automotif, Pertahanan, Pembuatan & Kejurutera­an) DRBHICOM Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, Dominar D400 dijangka menarik minat penunggang tempatan menerusi reka bentuk moden dan berbeza serta harga kompetitif.

“Motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian atau sebagai jentera pengembara­an pada hujung minggu,” katanya ketika majlis pelancaran­nya, Rabu lalu.

Hadir sama Naib Presiden Perniagaan Antarabang­sa Bajaj Auto, Dinesh Kulkarni dan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amirudin Abd Kadir.

Model ini digerakkan enjin 373 cc empat injap sejukan cecair dengan pencucuhan tiga percikan digital (DTSi) menjanjika­n 35 kuasa kuda (hp) pada 8,000 rpm manakala daya kilas maksimum 35Nm pada 3,000 rpm.

Paling menarik, padanan transmisi enam kelajuan berserta klac slipper (slipper clutch) yang kebiasaann­ya hanya ditawarkan bersama motosikal berkuasa lebih tinggi.

Sistem keselamata­n turut diberi perhatian apabila Dominar D400 didatangka­n bersama Sistem Brek AntiKunci (ABS) saluran berkembar.

Sistem suspensi hadapan ala teleskop 43mm dan penyerap hentakan tunggal boleh laras berbilang peringkat di belakang menawarkan tunggangan sporty.

Seberat 182 kilogram (kg) dan kapasiti tangki bahan api 13 liter, Dominar D400 sesuai untuk pecutan pendek dan pengembara­an jarak jauh. Motosikal ini adalah kelas sports tourer yang memiliki reka bentuk dan kedudukan postur yang meningkatk­an pengalaman tunggangan.

Dijual pada harga pengenalan RM13,788 (tanpa GST), empat warna ditawarkan iaitu hitam, merah, biru dan putih.

MODENAS juga menawarkan waranti selama dua tahun atau 24,000 kilometer (km) dan lima kali penyelengg­aran percuma.

MODENAS Dominar D400 dilengkapi

teknologi DTS-i, slipper

clutch, ABS, odometer LCD dan lampu

LED

 ??  ?? MODENAS Dominar D400 tampil dengan ciri premium.
MODENAS Dominar D400 tampil dengan ciri premium.
 ??  ?? SISTEM pencahayaa­n LED lampu hadapan dan DRL.
SISTEM pencahayaa­n LED lampu hadapan dan DRL.
 ??  ?? REKAAN ekzos yang sporty.
REKAAN ekzos yang sporty.
 ??  ?? ENJIN DTS-i janjikan prestasi mengujakan.
ENJIN DTS-i janjikan prestasi mengujakan.
 ??  ?? PELANA selesa untuk penunggang dan pembonceng.
PELANA selesa untuk penunggang dan pembonceng.
 ??  ?? ABDUL Harith (tengah) bersama Amirudin (kiri)
melancarka­n MODENAS Dominar D400.
ABDUL Harith (tengah) bersama Amirudin (kiri) melancarka­n MODENAS Dominar D400.
 ?? FOTO: ?? PAPARAN odometer LCD sepenuhnya.
FOTO: PAPARAN odometer LCD sepenuhnya.
 ??  ?? LAMPU belakang LED bergaya.
LAMPU belakang LED bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia