Harian Metro

ACARA TAHUNAN SEDUNIA

Pemilik Royal Enfield Malaysia raikan One Ride 2018 di Janda Baik, Pahang

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Pada 8 April setiap tahun, pemilik motosikal Royal Enfield seluruh dunia mengadakan aktiviti dikenali sebagai One Ride dengan pelbagai aktiviti menarik.

Aktiviti itu disambut lebih 70 pemilik jentera berkenaan di negara ini dengan melakukan konvoi ke Janda Baik, Pahang.

Motosikal yang menjengah pasaran pada 2012 diminati ramai apabila mengekalka­n rekaan klasik asal sejak dihasilkan pada 1901 dengan padanan enjin 350cc dan 500cc.

Dianjurkan RE Motorcycle­s Sdn Bhd, yang juga pengedar utama motosikal Royal Enfield tempatan, acara itu sebagai meraikan pemilik yang menyokong jenama berkenaan sejak sekian lama.

Pengurus Besarnya, Muhammad Syahrul Abdullah berkata, selain negara Asia Tenggara

One Ride 2018 turut diadakan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) tetapi dibezakan dengan masa mengikut zon waktu masing-masing.

Menurutnya, One Ride memberi peluang kepada pemilik baru dan lama bertemu dan berkongsi pengalaman di laman web rasmi Royal Enfield.

Muhammad Syahrul berkata, pihaknya sering mengadakan aktiviti berkonvoi setiap dua bulan sekali ke lokasi menarik seluruh negara.

“Ini bertujuan menarik lebih ramai pemilik motosikal klasik ini selain mempromosi­kan jenama motosikal ini.

“Royal Enfield bukan sahaja tahan lasak, malah kos penyelengg­araan berpatutan dan penggunaan bahan api efisien menjadikan­nya pilihan terbaik untuk bersantai,” katanya.

Terdahulu, konvoi dimulakan dengan sesi penerangan oleh marsyal dan bacaan doa sebelum anggota trafik Polis

Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi konvoi ke Pandamaran, Klang untuk meraikan Hari Polis Ke211 peringkat daerah.

Selepas itu, perjalanan diteruskan melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan memasuki Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sebelum melalui jalan lama ke Genting Sempah.

Sepanjang konvoi, semua peserta mematuhi disiplin ditetapkan termasuk pergerakan konvoi sekitar 90 hingga 100 kilometer sejam (km/j).

Kira-kira sejam kemudian, peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan pekerjaan kemudian tiba di Laman Ibu Chalet, Janda Baik, sebelum dihidangka­n dengan aktiviti seperti makan tengah hari, karaoke dan cabutan bertuah.

Seorang peserta, Tee Wee Ern, 36, mengakui menunggang bersendiri­an dari Johor ke ibu negara semata-mata untuk menyertai acara berkenaan selain bertemu rakan kelab.

“Saya sudah menggunaka­n Royal Enfield Bullet selama dua tahun kerana sukakan bentuknya yang klasik dan gaya tunggangan santai,” katanya yang juga ahli perniagaan.

Menurut seorang lagi peserta, P Mahesvaran,

35, menyertai aktiviti One Ride setiap tahun adalah satu kemestian.

“Saya memang meminati motosikal dengan rekaan klasik termasuk menjadikan­nya sebagai kenderaan harian ke tempat kerja,” katanya yang bekerja sebegai jurutera mekanikal di Puchong, Selangor.

Mahesvaran yang memiliki model Battle Green sejak tujuh tahun lalu mengakui motosikaln­ya sering menjadi perhatian ramai setiap kali menunggang­nya.

 ??  ?? PESERTA memulakan perjalanan ke Janda Baik, Pahang.
PESERTA memulakan perjalanan ke Janda Baik, Pahang.
 ??  ?? PEMILIK Royal Enfield memeriahka­n
sambutan Hari Polis Ke-211 di Pandamaran.
PEMILIK Royal Enfield memeriahka­n sambutan Hari Polis Ke-211 di Pandamaran.
 ??  ?? LEBIH 70 pemilik Royal Enfield menyertai One Ride 2018.
LEBIH 70 pemilik Royal Enfield menyertai One Ride 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia