Harian Metro

MINYAK GEAR meleleh

- Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Saya baru menukar pelincir transmisi dan terdapat titisan minyak melalui skru di tempat pembuangan minyak.

Mungkinkah mengisi minyak melebihi sukatan akan menyebabka­n masalah kebocoran selain kesan terhadap gear?

Shamsul Hamimi

Abd Hamid, Bukit Beruang, Melaka

Minyak menitis daripada skru (bukan nat) pembuangan minyak bukan disebabkan terlebih sukatan. Mungkin pelapik (washer) skru terlalu mampat dan tidak lagi menjadi penebat minyak daripada keluar.

Pelapik ini selalunya dibuat daripada tembaga atau besi lembut dan bila diikat dengan yang betul, ia akan mampat dan menjadi penebat yang baik untuk permukaan skru tidak rapat bagi mengelakka­n kebocoran.

Tetapi jika sudah dibuka dan diikat berulang kali, kadangkala ia mengalami kebocoran serta lebihan minyak akan meleleh keluar.

Lubang skru ini membantu kita mengetahui aras minyak sudah mencukupi ketika mengisi minyak baru.

Minyak akan keluar jika skru tidak diikat ketat. Kalau cukup kuat, minyak tidak akan menitis.

Minyak akan menitis lebih banyak ketika enjin tidak beroperasi berbanding ketika enjin beroperasi akibat tekanan yang wujud dalam kotak gear.

Jadi, segera selesaikan masalah kebocoran ini dengan menggantik­an pelapik skru itu. Kereta saya mengalami masalah pendingin hawa selepas hampir 15 minit beroperasi, ia mula berbunyi bising dan enjin akan mati sekiranya saya tidak menekan pedal minyak.

Adakah perkara ini disebabkan pemasaan (timing) dan mekanik mendakwa ia disebabkan unit penyejuk, pemanas dan ‘blower’ yang bermasalah.

Daud Yunus, Ampang, Selangor

Unit pendingin hawa beroperasi secara berasingan dengan enjin meskipun pemampat (kompresor) dipusing tali sawat (belting) daripada enjin.

Walaupun saluran gas pendingin hawa tersumbat atau bahagian lain bermasalah, unit pemampat tidak akan terhenti tetapi sambungan atau paip hos gas mungkin pecah.

Keadaan ini tidak akan menyebabka­n enjin menjadi berat dan mati. Kemungkina­n besar kompresor atau cekam/ klac mengalami kerosakan berdasarka­n bayangan bahawa ia seolah-olah menjadi berat hanya selepas beroperasi selama 15 minit.

Lazimnya kompressor kereta jenama Jepun masih mudah diperoleh, malah mungkin ada jenama lebih baik yang bersesuaia­n atau sama kapasitiny­a.

Cuba bertanyaka­n pendapat di pusat pendingin hawa kereta lain pula.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia