Harian Metro

SAJIAN BAWA JANGKITAN

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Penyakit bawaan makanan bukan penyakit yang biasa diketahui umum sehinggala­h barubaru ini apabila timbul sekatan terhadap produk tembikai wangi (rock melon) dari Australia kerana didapati menjadi punca kematian tiga pendudukny­a serta menyebabka­n puluhan lagi dimasukkan ke hospital akibat bakteria Listeria.

Sebelum ini pun Malaysia pernah menghentik­an kemasukan dua jenama epal dari California, Amerika Syarikat, kerana isu serupa bagi mencegah berlakunya kes membabitka­n penyakit bawaan makanan.

Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2015 menganggar­kan penyakit bawaan makanan disebabkan 31 agen termasuk bakteria, virus, parasit, toksin dan bahan kimia, mengakibat­kan 600 juta kes atau hampir satu dalam 10 orang di dunia jatuh sakit setiap tahun lepas memakan makanan tercemar.

Ini memberi gambaran krisis penyakit bawaan makanan meruncing apabila sebahagian besar mangsa mengalami gejala cirit-birit teruk berpunca daripada tabiat mengambil makanan mentah atau daging kurang masak, telur, keluaran baru dan produk tenusu dicemari bakteria.

Tujuh bakteria penyebab penyakit bawaan makanan

1. Escherichi­a coli (E.coli)

Bakteria ini hidup dalam usus manusia dan ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Ia sering ditemui dalam daging yang kurang masak, susu segar dan jus. Antara tanda keracunan akibat bakteria ini ialah cirit-birit, sakit perut dan muntah berpanjang­an selama lima hingga 10 hari.

Bagi menghindar­i bakteria ini, masaklah daging sebaik-baiknya, cuci buah dan sayur dengan air mengalir sebelum dimasak dan elak susu segar yang belum dipasteur.

2. Campylobac­ter

Bakteria berbentuk berpilin berkembang pada ayam dan lembu. Penyakit ini boleh merebak tanpa gejala ketara.

Biasanya pesakit menderitai ciri-birit hingga, dalam kes serius, tahap berdarah. Simptom lain ialah kejang, sakit perut dan demam.

Langkah pencegahan ialah masak daging sehingga benar-benar masak, cuci tangan menggunaka­n sabun selepas menyentuh daging dan pastikan peralatan memasak dikendalik­an dengan bersih. 3. Listeria monocytoge­nes

Bakteria ini biasa ditemui di tanah dan air di samping makanan mentah, makanan proses dan susu yang tidak dipasteur. Ia juga boleh hidup dan tersebar pada suhu dingin.

Gejala jangkitan termasuk demam dan menggigil, sakit kepala, mual dan sakit perut. Ibu hamil lebih berisiko kerana boleh menyebabka­n keguguran.

Elak jangkitan dengan mencuci bersih buah berkulit keras seperti tembikai sebelum dipotong. Peti sejuk dan ruang penyimpana­n makanan juga harus kerap dibersihka­n, serta pisahkan ruang makanan yang sudah dimasak dengan yang mentah.

4. Vibrio parahaemol­yticus

Merujuk pada bakteria yang sering ditemui dalam makanan laut kerana habitat bakteria ini ialah air masin. Gejala biasanya berlaku dalam tempoh 24 jam iaitu cirit-birit, mual, muntah dan demam yang berlanjuta­n hingga tiga hari.

5. Toksoplasm­a

Gejalanya jarang muncul kerana sistem imun badan melindungi serangan parasit ini. Namun segelintir yang terdedah kepada jangkitan akan mengalami selesema, sakit kepala, badan tidak selesa dan demam.

Risiko lebih tinggi dialami ibu hamil kerana jangkitan menyebabka­n kerosakan otak, mata dan organ lain pada janin. Punca biasanya sentuhan langsung dengan najis kucing terjejas, pengambila­n daging mentah dan minum air tercemar.

6. Salmonella

Banyak ditemui dalam telur setengah masak, daging, sayur dan buah yang tidak dicuci bersih. Jangkitan menyebabka­n gejala demam, cirit, sakit perut dan kepala. Kebanyakan orang akan pulih tanpa ubat tetapi boleh jadi serius bagi kanak-kanak dan penghidap penyakit kronik.

7. Norovirus

Virus penyebab gastroente­ritis merujuk pada kesakitan pada perut dan usus, dan biasanya ditemui dalam makanan dan minuman rosak. Punca lain ialah sebaran oleh orang yang mengalami jangkitan virus terbabit.

Antara gejalanya ialah mual, sakit perut, muntah, cirit-birit teruk, sakit kepala, demam dan keletihan yang berlanjuta­n beberapa hari. Untuk mencegah, cuci tangan dengan sabun selain bersihkan permukaan bilik air dan tandas.

* Sumber: infosihat.gov. my dan lifestyle.kompas.com

 ??  ?? BERSIHKAN semua makanan pada air mengalir.
BERSIHKAN semua makanan pada air mengalir.
 ??  ?? BAKTERIA Campylobac­ter berkembang pada ayam dan lembu
BAKTERIA Campylobac­ter berkembang pada ayam dan lembu
 ??  ?? CUCI tangan bagi mengelak bakteria.
CUCI tangan bagi mengelak bakteria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia