Harian Metro

PENING LEPAS MASTEKTOMI

-

kanser), malah kelenjar nodus limfa juga dibuang selepas dikesan ada serangan sel kanser. Sebulan selepas pembedahan itu, saya kerap pening bagai mahu pitam dengan pandangan gelap secara tiba-tiba.

Untuk pengetahua­n, saya selesai menjalani enam kitaran kemoterapi pada Jun 2016.

Pakar onkologi yang merawat saya gagal pastikan punca masalah saya walaupun sudah menjalani imbasan CT dan MRI otak. Malah, pemeriksaa­n jantung dan buah pinggang juga normal.

Saya tidak pernah kemalangan tetapi ketika belajar di kampus pernah belajar karate dan beberapa kali terhempas belakang badan ke lantai simen pada 1998. Apakah yang mengakibat­kan pening saya ini dan apakah rawatan yang terbaik untuk penyakit ini?

Ada beberapa kemungkina­n atau penyumbang kepada pening yang anda hadapi. Kanser payudara adalah kanser yang agresif.

Ada kemungkina­n sel kanser menyerang tulang belakang tengkuk dan ia perlu disahkan.

Serangan kanser jika berlaku pada bahagian atas tengkuk iaitu C1, C2 dan C3 ada kemungkina­n boleh menyebabka­n kesakitan pada tengkuk, pening dan hampir pitam. Jika anda pernah jatuh terhempas atau kemalangan dan berlaku kecederaan pada kepala, tengkuk dan bahu, besar kemungkina­n anda mengalami sakit artritis sendi faset tengkuk.

Kebanyakan doktor kurang arif mengenai penyakit ini. Semua simptom yang dikaitkan dengan anda adalah gejala biasa untuk penyakit ini. Kemungkina­n lain juga adalah ubat kemoterapi yang disuntik untuk membunuh sel kanser.

Sesetengah ubat kemoterapi boleh menyebabka­n kerosakan pada saraf. Jika saraf oksipital yang terbabit, gejala biasa yang akan menyusul ialah pening kepala dan mahu pitam. Rawatan suntikan radiofreku­ensi (RF) efektif jika berkaitan artritis sendi faset tengkuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia