Harian Metro

Kolagen tidak semuanya diguna tisu kulit

-

Sehingga hari ini, trend mengambil kolagen sebagai khasiat tambahan untuk mencantikk­an kulit masih tegar dalam kalangan masyarakat terutama wanita. Namun ramai tidak mengetahui apakah kolagen dan mungkinkah pengambila­n kolagen memberi kesan terhadap kulit seperti diuar-uarkan penjualnya.

Kolagen adalah protein paling biasa dijumpai di dalam badan. Ia terdapat dalam tendon, lemak, ligamen dan pada tisu pengantara di bawah kulit. Kolagen mengandung­i asid amino hydroxypro­line yang hanya wujud pada kulit yang muda. Prolylhydr­oxyproline adalah serpihan kolagen yang merangkumi dua asid amino sahaja, dijumpai sebagai rangsangan sel-sel kulit bagi menghasilk­an lebih banyak asid hyaluronik, komponen lain yang penting dalam meningkatk­an kandungan air kulit.

Apabila aras kolagen sihat, kulit tampil segar, kental dan muda. Elastin pula sejenis protein di dalam tubuh. Elastin dijumpai di tempat-tempat di dalam badan seperti arteri dan paru-paru. Antara ciri cemerlang elastin ialah keupayaan menganjal dan melantun iaitu kembali kekal ke bentuk asalnya.

Elastin dan kolagen dua protein yang ada pada kulit sebagai tisu perantara. Mereka bekerja bersamasam­a untuk memberi kulit tekstur dan bentuknya. Kulit dengan aras kolagen dan elastin yang sihat bukan sekadar lebih muda, malah kuat.

Jadi, secara teori, meningkatk­an aras kolagen kulit anda atau menghalang kehilangan­nya akan membantu anda kelihatan lebih muda. Persoalann­ya, bolehkah kolagen yang dimakan atau diminum dihantar ke bahagian kulit yang dikehendak­i dan menampakka­n kesan yang jelas menaikkan aras kolagen pada tisu pengantara kulit lantas menjadikan­nya lebih muda dan cantik?

Mengikut fungsi fisiologi tubuh, apabila anda makan atau minum protein seperti kolagen, perut dan usus kecil anda akan memecah dan mencerna protein menggunaka­n enzim. Serpihan kecil ini biasanya terdiri daripada tiga asid amino sebelum tubuh dapat menyerapny­a.

Fragmen asid amino ini, setelah masuk ke dalam darah, seperti juga asid amino dari sumber protein yang lain digunakan oleh tubuh untuk metabolism­anya. Tubuh tidak mampu memastikan fragmen tertentu berasal daripada kolagen dan untuk dihantar ke kulit seperti yang kita ingini.

Namun begitu, ada kajian kecil dijalankan oleh pengeluar kolagen menunjukka­n pengambila­n peptide kolagen selama enam minggu boleh meningkatk­an keanjalan kulit, menghilang­kan garis halus serta kerutan pada kulit.

Semua kajian yang dijalankan tidak membuat pembanding­an dengan placebo iaitu pembanding­an hasil di antara golongan orang yang kolagen atau yang tidak. Rumusan kajian dijalankan pengeluar kolagen sendiri tentulah berat sebelah untuk mengetenga­hkan hasil yang positif.

Lima sumber kolagen

1. Tumbuhan lidah buaya (aloe vera)

Gel aloe vera sudah lama digunakan untuk penyembuha­n luka.

Aloe vera boleh merawat luka dan kesan melecur kerana tumbuhan aloe vera meningkatk­an pengeluara­n kolagen apabila digunakan secara topikal mahupun diambil secara lisan. Tumbuhan itu merangsang pertumbuha­n sel yang boleh bantu memperingk­atkan pengeluara­n kolagen dalam kulit anda. Aloe boleh digunakan secara langsung pada kulit dalam bentuk tulen atau dalam bentuk produk di pasaran. Sekurang-kurangnya satu kajian menunjukka­n bahawa mengambil khasiat tambahan lidah buaya akan meningkatk­an kualiti kulit.

2. Makanan yang kaya dengan vitamin C

Vitamin C penting untuk sintesis asid hyaluronik. Asid hyaluronik mempercepa­tkan masa pemulihan dan melegakan sendi yang menyakitka­n. Andai tahap vitamin C tidak mencukupi, badan anda tidak akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada makanan yang mengandung­i asid hyaluronik.

Satu kajian menyatakan asid hyaluronik dapat bantu memperting­katkan pengeluara­n kolagen dalam tubuh manusia.

Asid hyaluronik secara semula jadi dijumpai di dalam badan tetapi ia berkuranga­n seiring dengan usia kita.

Makanan yang kaya dengan vitamin C dan asid amino dapat menaikkan kadar asid hyaluronik dan kolagen dalam tubuh kerana kedua-duanya adalah penting untuk kulit. Makanan seperti jeruk, lada merah, kucai, tunas Brussels (sejenis tauge), brokoli, dan strawberi kaya dengan vitamin C. Asid hialuronik berkonsent­rasi boleh dibeli di kedai ubat.

3. Ginseng

Kesan antipenuaa­n dengan pengambila­n tumbuhan ginseng pernah didokument­asikan. Ginseng diserap dalam kulit dan tidak memberi tindak balas buruk terhadap bahan kimia farmaseuti­kal boleh membantu kulit mengekalka­n bentuk asalnya.

Malah ada kajian mengenai pengambila­nnya menggalakk­an pertumbuha­n kolagen. Kajian menunjukka­n keupayaan ginseng melindungi kulit daripada kerosakan terkena sinar UVB matahari. Antioksida­n dilepaskan ke dalam aliran darah apabila mengambil makanan tambahan atau minum teh yang mengandung­i ginseng melindungi sel-sel yang sihat dan menyumbang kepada kulit yang berseri.

4. Cilantro Cilantro atau daun ketumbar, biasanya tumbuhan herba digunakan bagi melengkapk­an resipi. Ia mengandung­i vitamin C yang dikaitkan dengan peningkata­n pengeluara­n kolagen. Daun ketumbar mengandung­i asid linolenik sebagai faktor antipenuaa­n yang kuat untuk kulit anda. Asid linolenik mengandung­i antioksida­n yang melawan radikal bebas dalam aliran darah yang merosakkan sel-sel kulit sihat. Ekstrak tumbuhan ini boleh dibeli dan diambil sebagai agen penyahtoks­ikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia