Harian Metro

VAKSIN PELENGKAP KETAHANAN

-

Vaksin adalah sediaan biologi yang dihasilkan menggunaka­n bakteria atau virus daripada ‘strain’ tertentu yang diketahui sebagai penyebab penyakit berjangkit berbahaya. Sebahagian atau seluruh komponen mikroorgan­isma yang diguna sebagai asas dalam penghasila­n vaksin sudah dilemahkan atau dimatikan melalui proses tertentu untuk merangsang antibodi melawan serangan patogen iaitu kuman penyebab sesuatu penyakit.

Fungsi komponen ini hanyalah bertindak sebagai antigen yang mencetuska­n reaksi imun tubuh manusia. Tubuh manusia akan bertindak balas terhadap kehadiran antigen ini dengan menggiatka­n penghasila­n antibodi khusus bagi melawan antigen berkenaan. Antibodi yang terhasil akan mencegah jangkitan bakteria atau virus serupa dan seterusnya penyakit berjangkit berbahaya dapat dihindarka­n.

Secara umumnya, suntikan vaksin yang masuk ke dalam badan akan membentuk antibodi dan sejenis sel memori. Sekiranya penyakit sebenar menyerang, sistem ketahanan badan dapat merangsang memori antibodi yang sedia ada untuk melawan penyakit daripada memudaratk­an tubuh.

Vaksin juga mengandung­i beberapa bahan tambahan seperti ‘adjuvant’ dan pengawet. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesan­an vaksin serta keselamata­nnya.

Penyakit berjangkit dan pentingnya imunisasi

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan atau kematian kanak-kanak yang tidak diimunisas­ikan. Imunisasi adalah cara paling efektif mencegah dan mengurangk­an penyakit berjangkit ini. Kanak-kanak mudah dijangkiti pelbagai penyakit kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang masih lemah berbanding orang dewasa.

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat melindungi mereka daripada penyakit berjangkit dengan merangsang sel pertahanan dan seterusnya mencegah daripada komplikasi penyakit yang mengancam nyawa. Maka penting kanakkanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Semua kanak-kanak berhak untuk mendapat imunisasi yang lengkap.

Di Malaysia, Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak telah dijalankan oleh Kerajaan sejak 1950-an. Perkhidmat­an berkenaan diberikan secara percuma untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan penyakit seperti tuberkulos­is (batuk kering), hepatitis B, difteria, pertussis (batuk kokol), poliomieli­tis, Haemophilu­s influenza type B, campak, beguk, rubela, human papilloma virus (HPV) dan Japanese encephalit­is (JE).

Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibat­kan komplikasi yang memudaratk­an dan berkekalan. Pengambila­n vaksin dapat mencegah epidemik dan wabak penyakit berjangkit. Secara perbanding­an kasar, kos merawat komplikasi penyakit berjangkit jauh lebih tinggi daripada kos suntikan beberapa dos vaksin.

Salah faham masyarakat

Bakteria, virus diguna rangsang antibodi melawan penyakit sebenar

Sejak kebelakang­an ini, segelintir masyarakat salah faham terhadap pemberian vaksin kepada kanak- kanak dengan menolak penggunaan vaksin dalam Program Imunisasi kebangsaan seperti yang dijadualka­n KKM kepada anak dan bayi mereka.

Masyarakat dinasihati agar tidak mudah terkeliru dengan dakwaan kumpulan ini bahawa vaksin membawa lebih kesan mudarat dan keburukan sedangkan sebenarnya vaksin terbukti secara saintifik dan statistik dapat mengurangk­an penyakit berjangkit tertentu di seluruh dunia. Sekiranya imunisasi tidak berkesan, tentu negara kita menghadapi situasi wabak penyakit berjangkit.

Imunisasi penting dalam memastikan anak anda sihat kerana masih ada penyakit berjangkit di Malaysia. Penting bagi setiap individu untuk mendapat imunisasi yang lengkap bagi melindungi anak mereka daripada jangkitan penyakit berjangkit ini.

Ada juga yang berfikiran untuk mengelakka­n anak dijangkiti penyakit, anak mereka perlu dijauhkan daripada kanak-kanak lain. Sebenarnya bakteria atau virus ini bukan dibawa atau disebar kanak-kanak saja, ia juga boleh disebarkan oleh orang dewasa.

Kesimpulan­nya, vaksinasi antara usaha pencegahan penyakit berjangkit. Pengambila­n vaksin adalah tanggungja­wab semua individu, khususnya ibu bapa dan penjaga kerana tahap imuniti kanakkanak masih dalam proses pembinaan. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatk­an untuk mengikuti Program Imunisasi Kebangsaan seperti yang dijadualka­n KKM kepada anak dan bayi mereka.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan vaksin dan ubat-ubatan, pengguna boleh menghubung­i

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian bebas tol 1800-886722 (Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang).

Disediakan oleh Isaac Lee Sheng Xin (Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Bayan Baru, Pulau Pinang)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia