Harian Metro

Ubati rindu peminat

Man Bai rancang keluar lagu baru bersama Gersang serta single solo tidak lama lagi

- Riadz Radzi & Michelle Gun am@hmetro.com.my

Persembaha­n Man Bai di The Camelot, Hotel Royale Chulan, Damansara, baru-baru ini, berjaya mengubat kerinduan peminatnya.

Rata-rata penonton pada malam itu puas hati dengan persembaha­n Man Bai yang pernah menjadi kegilaan satu ketika dulu.

Tambahan pula, persembaha­n itu turut mengundang penyanyi bertaraf legenda Rahim Maarof dan Zamani Slam.

Namun, apa yang dilihat Rahim dan Zamani berjaya ‘mencuri’ perhatian berbanding Man Bai.

Bukannya persembaha­n Man Bai tidak menarik atau bagus, tetapi kehadiran Rahim yang sudah lama ‘hilang’ dan Zamani yang populariti­nya mungkin lebih sedikit daripada

Man Bai buatkan penonton lebih teruja.

Bila agaknya kali terakhir Rahim muncul dalam manamana program hiburan, televisyen atau persembaha­n terbuka? Ramai yang tidak tahu.

Sebelum itu, Rahim dalam temubual bersama akhbar ini mendakwa dia masih aktif menyanyi terutama di majlis makan malam atau majlis tertutup.

Namun, dia mengakui sudah lama tidak muncul di TV atau cerita mengenainy­a disiarkan di media.

Sehubungan itu, kehadiran Rahim pada malam itu pastinya dinanti-nanti.

Rahim tidak menghampak­an penonton apabila menyanyika­n dua lagu berhantuny­a iaitu

Cinta Kristal dan Jangan Kau Rayu.

Dalam usia mencecah 62 tahun, Rahim mampu membawakan lagu berkenaan dengan amat baik sekali. Dia turut membawakan lagu Hipokrasi dan lagu bonus Istana Menanti yang dinyanyika­n dengan iringan piano oleh Belle Fatah.

Zamani pula yang dikatakan tidak sempat berlatih lagu Gerimis Mengundang juga berjaya membawakan lagu itu dengan baik.

Selaku ‘tuan rumah’ pada malam itu, Man Bai tidak mengecewak­an dan aura populariti­nya masih kuat.

Vokalnya masih mengancam dan Man Bai bukan sekadar penyanyi, tetapi juga penghibur. Dia bijak berkomunik­asi dengan penonton.

Dalam persembaha­n anjuran MC Boyer Entertainm­ent itu, Man Bai membawa 10 lagu daripada album solo dan ketika bersama Gersang seperti Gadis Chiangmai, Positif, Sunyi, Bersama Suara Hati, Jump, Tolol, Masih Aku Terasa, Bayangan Mimpi, Suratan Takdir dan Kau Ilhamku.

Mereka diiringi pemuzik berpengala­man seperti Along Exists (gitar), Pacai (bass), Tom (dram), Roza (keyboard), Badar (percussion) dan Imran (seksofon).

Man Bai ketika ditemui selepas persembaha­n berkata, dia seronok dapat menghiburk­an peminatnya dalam persembaha­n secara santai.

“Terharu melihat mereka masih mengingati saya dan datang menyokong persembaha­n ini,” katanya.

Dalam pada itu, Man Bai turut bersyukur apabila persembaha­nnya bersama Gersang di Anugerah MeleTop Era, baru-baru ini, diterima baik penonton.

“Saya mendapat banyak maklum balas positif.

Kami membuat latihan dan persiapan selama dua hari sebelum acara itu,” katanya.

Menurut Man Bai, dia merancang mengeluark­an lagu baru bersama Gersang dan single solo tidak lama lagi.

Sementara itu, pemilik MC Boyer Entertainm­ent, Sherry Nordin berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan Konsert 3V menggabung­kan

Man Bai, Rahim Maarof dan Zamani selepas Aidilfitri nanti.

“Ia akan diadakan di beberapa lokasi Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seremban dan Cherating, Pahang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MAN Bai tidak mengecewak­an peminat setianya.
MAN Bai tidak mengecewak­an peminat setianya.
 ??  ?? FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
 ??  ?? ZAMANI selamba membawakan Gerimis Mengundang.
ZAMANI selamba membawakan Gerimis Mengundang.
 ??  ?? RAHIM Maarof tetap tersendiri.
RAHIM Maarof tetap tersendiri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia