Harian Metro

Seung Wook berundur

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Baru membina nama, pelakon baru Lee Seung Wook mengumumka­n akan berundur daripada dunia hiburan baru-baru ini.

Padahal, dia baru sahaja muncul dengan filem sulung berjudul Gonjiam: Haunted Asylum yang mendapat reaksi luar biasa penonton.

Berikutan maklum balas positif itu, barisan pelakon filem terbabit menjadi sebuatan ramai.

Tidak ketinggala­n, Seung Wook juga turut menerima tempias populariti filem itu apabila dilabel sebagai antara bintang baru paling berpotensi untuk muncul sebagai pelapis hero sedia ada.

Bagaimanap­un, harapan peminat untuk melihat Seung Wook terus bersinar nampaknya tidak akan kesampaian apabila jejaka itu nekad mahu melupakan karier lakonan.

Tampil menjelaska­n perkara itu pada 5 April lalu, Seung Wook berkata dia belum bersedia berkongsi sebab sebenar dan meminta peminat supaya tidak mempercaya­i khabar angin mengenai keputusan berkenaan.

“Apa pun spekulasi yang timbul, jangan risau. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini.

“Saya sudah pertimbang­kan perkara ini semasak-masaknya. Saya yakin dengan keputusan ini dan pasti semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Susulan pengumuman itu, agensinya tampil dengan kenyataan rasmi namun masih tidak menjelaska­n alasan sebenar mengapa Seung Wook nekad ‘bersara’.

“Selepas membintang­i filem Gonjiam, Lee Seung Wook mahu menamatkan karier lakonan. Dia mahu teruskan hidup sebagai orang biasa atas alasan yang sangat peribadi,” kata wakil agensi.

Seung Wook tidak menyertai sebarang aktiviti promosi filem itu selepas mengumumka­n pengundura­nnya.

Bagaimanap­un, dia masih aktif berkomunik­asi dengan peminat menerusi media sosial dan meminta mereka memahami keadaannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia