Harian Metro

KUATNYA PENGARUH AZAN

-

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang memandang ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.

“Oleh itu palingkanl­ah mukamu ke arah masjid AlHaraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana saja kamu berada maka hadapkanla­h muka kamu ke arahnya.

“Dan sesungguhn­ya orangorang (Yahudi dan Nasrani) yang sudah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah alBaqarah, ayat 144)

Dulu, saya mengetahui orang Melayu solat apabila mendengar laungan azan. Kalau orang

Cina beragama Buddha, cara sembahyang hanya pegang colok dan sembah patung di dalam kawasan rumah mereka.

Saya dan keluarga percaya orang yang rajin sembahyang adalah orang baik. Apabila masuk waktu Maghrib, apabila mendengar saja azan berkumanda­ng, kami akan berhenti bermain dan terus pulang ke rumah.

Ibu akan marah jika saya masih bermain di luar pada waktu Maghrib. Ibu saya juga terikut- ikut cara orang Melayu bercakap, “Mainlah kat luar, syaitan banyak kat luar tu.”

Begitulah kuatnya pengaruh azan pada keluarga kami walaupun bukan beragama

Islam. Ketika sedang menonton televisyen pun begitu, apabila tiba waktu azan kami tidak tukar siaran lain.

Kami biarkan sehingga selesai azan itu berkumanda­ng. Sebab itu, jika mahu orang lain hormat agama kita, jangan kita memperleke­hkan agama lain.

Beberapa tahun lalu, saya pergi ke Palestin untuk menjayakan rancangan televisyen di sana.

Rupa-rupanya Baitulmuqa­ddis adalah tempat pertembung­an tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

Saya sempat menziarahi tempat Siti Maryam berkhalwat di Masjid Marwani al-Aqsa yang dikenali sebagai Chamber Of Maryam.

Di situlah Siti Maryam ditempatka­n dan berlakunya mukjizat apabila roh ditiupkan ke dalam rahim Siti Maryam seorang yang sangat mulia iaitu Nabi Isa AS.

Dalam lawatan itu, saya turut melawat Masjid al-Aqsa. Ia adalah masjid kedua dibina atas muka bumi ini selepas Kaabah di Makkah.

Kebanyakan ulama berpendapa­t, Masjid al-Aqsa kali pertama dibina oleh Nabi Adam AS.

Perlu difahami, masjid tidak semestinya binaan berupa bangunan berbumbung dan mempunyai kubah dan menara.

Selain itu, ketika di al-Aqsa saya mengunjung­i lokasi batu tergantung (Qubbatul Sakhrah) iaitu menurut ulama ia tempat Rasulullah bermikraj.

Rasulullah kemudian menaiki Buraq ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha iaitu tempat tertinggi.

Terdapat jemaah wanita solat berjemaah di luar Qubbatul Shakhrah. Jika kita hayati kisah Israk dan Mikraj, ia adalah berkaitan dengan kepentinga­n solat.

Erti penghambaa­n itu sendiri membuatkan kita taat perintah Allah. Solat adalah salah satu bukti kasih sayang dan taat seorang hamba kepada Allah selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Kalau seorang tidak melaksanak­an solat, bagaimana pula dengan ibadat lain?

Selepas menghembus­kan nafas terakhir, kita pula akan disolatkan orang lain sebagai tanda pengakhira­n hidup di atas muka bumi ini.

Selepas itu, kita sudah tidak dipertangg­ungjawabka­n lagi untuk melaksanak­annya.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia