Harian Metro

Harga diri semakin hilang

-

Gejala sosial melanda golongan remaja Muslim kini kian parah.

Ada remaja wanita berani berbohong mengatakan diri diculik dan menipu ibu bapa semata-mata mahu mengikut lelaki baru dikenali.

Semua itu menggambar­kan harga diri mereka kian hilang. Begitu juga dengan remaja lelaki, seakan tiada tujuan yang ingin dicari.

Terdapat beberapa faktor menyebabka­n remaja terjerumus ke kancah maksiat.

Antaranya, kurang penghayata­n agama. Mereka tidak mendapat pendidikan agama sempurna hingga melemahkan jati diri.

Iman juga tidak dapat dibina dalam jiwa hingga mereka tidak mampu membezakan antara buruk dan baik.

Selain itu, kurang perhatian dan bimbingan keluarga. Ada remaja memberonta­k kerana keluarga mereka bermasalah.

Ibu bapa bergaduh dan bercerai. Akhirnya, tanpa berfikir panjang mereka keluar rumah dan mencari rakan sebaya untuk mengadu nasib.

Bermula dengan hubungan ‘biasa-biasa’ akhirnya menjadi ‘luar biasa’ hingga sanggup menjadi rakan kongsi membuat dosa.

Sepatutnya, remaja diasuh dengan iman, ilmu, adab dan kemahiran.

Semua itu penting bagi mempersiap­kan mereka menjadi pemimpin, ulama, profesiona­l dan pendidik yang dapat mencurahka­n khidmat kepada agama serta negara.

Bagi remaja yang terjerumus ke kancah itu, jangan dibiarkan mereka terus jauh dan hilang arah umpama layang-layang terputus tali.

Berilah bimbingan kepada mereka dan peluang kedua untuk bertaubat serta menginsafi diri.

Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 53-54, bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan melakukan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhn­ya Allah mengampunk­an segala dosa, sesungguhn­ya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat dan berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolonga­n.”

Remaja umpama kain putih yang suci. Mereka perlu mendapatka­n bimbingan untuk menjadi individu contoh.

Ibu bapa perlu menerapkan agama kepada anak-anak dalam rumah tangga.

Hidupkan budaya hidup Islam dalam rumah. Jika kita tidak mampu mengajar agama anakanak di rumah, jemputlah ustaz dan ustazah mengajar.

Dalam surah Taha, ayat

132, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perintahka­nlah keluargamu dan umatmu mengerjaka­n sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikan­nya..”

Justeru, amalan solat berjemaah, membaca al-Quran, berzikir, di samping membaca kitab hadis dan lain-lain bahan bacaan Islam mesti disuburkan dalam rumah tangga.

Akhlak hidup Islam mesti dihidupkan bermula dari rumah supaya jiwa anak-anak khasnya remaja kukuh bentengnya.

Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara dalam hidup ini, semuanya ada panduan di dalam Islam.

Ibu bapa perlu menjadi rakan karib kepada anak-anak. Jadilah pendengar setia mereka.

Walau sesibuk manapun kita dengan urusan dan tugasan, anak-anak tetap menjadi keutamaan.

Dengarlah apa saja luahan dan perkongsia­n cerita mereka. Peruntukka­n masa yang berkualiti dengan anak-anak kerana mereka memerlukan perhatian.

Selain itu, remaja itu sendiri perlu menyayangi diri mereka. Sebelum membuat sebarang keputusan dalam hidup, buatlah pertimbang­an. Janganlah membunuh masa depan sendiri.

Seluruh masjid, surau dan pertubuhan komuniti perlu menyantuni remaja. Anak muda gemar aktiviti lasak, mencabar dan berbentuk santai.

Program ‘mesra orang muda’ juga perlu diperbanya­kkan kerana melalui program seumpama itu, bakat anak muda dapat diketengah­kan selain elemen pendidikan dan tarbiah dapat disampaika­n.

“Pandanglah dengan rahmah, ubahlah dengan berhikmah.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia