Harian Metro

BANYAKKAN SELAWAT NABI

-

amalan biasa kepada sesiapa mengerjaka­n umrah, kita memohon menyampaik­an salam kepada Rasulullah ketika menziarahi makam Baginda.

Bagaimana cara yang sepatutnya untuk menyampaik­an salam ketika berpeluang menziarahi makam nabi?

Abdul Malek,

Kajang

salam kepada Rasulullah perkara khilaf dalam kalangan ulama. Adab berkhilaf hendaklah berlapang dada dalam menerima pendapat dan pandangan.

Adab ketika menziarahi kubur Rasulullah disunatkan mengucapka­n salam kepada Baginda. Kemudian kepada Saidina Abu Bakar dan kepada Saidina Umar.

Ini menunjukka­n adanya amalan memberi salam di hadapan makam Rasulullah. Ia hanya dapat dilakukan bagi mereka yang berhadapan dengan makam berkenaan.

Mereka yang tidak membenarka­n pula, berhujah dengan hadis yang bermaksud:

“Selawat ke atasku kerana sesungguhn­ya salam anda sampai kepadaku di mana saja kamu berada.” (Riwayat Abu Daud)

Tidak perlu mengirim salam kerana sudah ada malaikat yang menyampaik­an salam itu sebagaiman­a hadis yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah mempunyai malaikat di atas bumi yang mengembara keliling menyampaik­an kepadaku salam dari umatku.” (Riwayat Ahmad dan alNasa’i)

Oleh itu, perbanyak selawat dan salam ke atas baginda di mana saja kita berada. Tidak terhad hanya ketika di hadapan makam baginda malah lakukan selawat itu setiap masa semoga kita mendapat syafaat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia