Harian Metro

Tidak boleh niat puasa nazar bersama Ramadan

-

kesan apabila seseorang yang pernah bernazar untuk berpuasa, namun masih tidak melaksanak­annya?

Contohnya, seseorang bernazar untuk berpuasa selama seminggu berturuttu­rut selepas berjaya dalam peperiksaa­n atau mendapat pekerjaan.

Bagaimanap­un, sehingga kini dia masih gagal melunaskan puasa nazar itu walaupun sehari. Bolehkah berniat puasa nazar dan puasa Ramadan sekali?

Hamdi, Kuala Lumpur

adalah perkara yang diharuskan. Ia adalah janji dengan Allah yang wajib ditunaikan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari azabnya merata di manamana.”

(Surah al-Insan, ayat 7).

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada

Allah maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadaNya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Seperti mana dinyatakan, itu adalah nazar mukafaah iaitu berkaitan pemberian hajat.

Jika hajat pemohon itu tercapai, maka wajib dilaksanak­an nazar sebagai janji. Jika tidak mampu atau meninggal dunia, maka waris dituntut untuk melaksanak­annya.

Kewajipan puasa Ramadan sudah mendahului puasa nazar berkenaan. Oleh itu, kewajipan puasa nazar tidak boleh dijadikan puasa Ramadan atau sebaliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia