Harian Metro

PILU LIHAT SYRIA HANCUR

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

Penuntut sarjana pengajian kewangan Islam tekad kembali berbakti di negara kelahiran satu hari nanti

“Malaysia umpama syurga di muka bumi. Itulah gambaran saya mengenai negara ini selepas membaca artikel di Internet, akhbar dan majalah.

“Selepas mendapat tawaran melanjutka­n pengajian, saya tekad mahu ke Malaysia. Alhamdulil­lah saya sudah meluangkan masa dengan indah selama tujuh tahun di sini,” kata lelaki berasal dari Syria yang hanya mahu dikenali sebagai Hussein.

Hussien, 32, kini yang fasih berbahasa Melayu mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang kewangan Islam di universiti tempatan.

Pemuda berasal dari Damsyik itu berkata, sebelum ke Malaysia dia melakukan rujukan mengenai negara ini menerusi Internet dan membaca pelbagai artikel.

“Saya ke Malaysia pada 2011 dan tidak lama kemudian kerajaan Syria aktif merekrut pemuda untuk berkhidmat sebagai tentera dan negara saya bergolak sampai sekarang.

“Bila perang tercetus pasti berlaku pembunuhan, dibunuh atau terbunuh, semua itu tidak memberikan manfaat kepada kehidupan,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, atas sebab keselamata­n dia memilih menetap di Malaysia dan menjadikan peristiwa hijrah yang ditempuh Nabi Muhammad SAW sebagai panduan.

“Memang sedih kerana Syria sekarang hancur, tapi saya kena teruskan kehidupan biar di mana saja berada. Kita kena terima takdir itu.

“Alhamdulil­lah saya berjaya menggengga­m segulung ijazah dan ketika ini usaha diteruskan untuk mendapatka­n sarjana pula. Reputasi universiti di Malaysia diiktiraf dan berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berazam pulang semula ke Syria untuk berbakti kepada negaranya apabila tiba masa dan menjadikan sistem pengurusan yang digunakan di Malaysia sebagai panduan.

Ketika diminta mengulas mengenai pergolakan di Syria, Hussien berkata, negaranya kini dijadikan gelanggang untuk menunjukka­n kekuatan kuasa besar dunia.

“Amerika Syarikat (AS), Eropah, Russia, Israel, Iran malah ada negara Arab sendiri melihat Syria sebagai gelanggang pertarunga­n antarabang­sa. Masalahnya yang dijadikan gelanggang itu adalah tanah air kami.

“Jika kamu tanya saya, keputusan itu di luar keupayaan masyarakat Syria. Apabila kuasa besar dunia memutuskan untuk menghentik­an pertarunga­n ini, maka masalah di Syria akan berakhir,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, akibat peperangan bapa dan dua adik lelakinya menemui ajal dalam penjara kerajaan rejim Presiden Bashar Al-Assad.

 ??  ?? HUSSIEN kini melanjutka­n pengajian dalam kewangan Islam di peringkat sarjana di universiti tempatan
HUSSIEN kini melanjutka­n pengajian dalam kewangan Islam di peringkat sarjana di universiti tempatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia