Harian Metro

Perguna gelaran pendakwah bebas sebar fahaman radikal

-

Kuala Lumpur: Wujud gerakan tertentu menerusi beberapa individu yang menggunaka­n jolokan pendakwah bebas membawa fahaman bersifat radikal, sekali gus menyuburka­n ideologi ekstremism­e di negara ini.

Individu ini gemar menyasarka­n lokasi tertentu dan membawa fahaman yang cenderung untuk mengkafirk­an umat Islam dengan fahaman sempit.

Perkara itu diakui Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengga­nas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahka­n gerakan itu menyuburka­n ideologi Salafi Jihadi yang digunakan kumpulan pengganas.

“Kebanyakan pendekatan yang digunakan individu ini adalah menyuburka­n konsep khilafiyya­h seperti bida’ah.

“Ceramah mereka sama ada menggunaka­n platform laman sosial atau sebaliknya melabelkan negara ini sebagai negara syaitan (toghut) dan umat Islam perlu berhijrah ke wilayah yang mempunyai khilafah (Daish).

“Pendekatan itutidak langsung menyuburka­n ideologi radikal sehingga mendorong segelintir masyarakat awam berhijrah dan menyertai kumpulan militan di Syria dan Iraq,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Perdana Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala, dekat sini, kelmarin yang membawa tajuk Pelampau Agama Pencetus Perpecahan Ummah.

Ayob turut mengakui pengkadera­n Daish menerusi dalam talian masih aktif dengan sebaran propaganda tertentu termasuk fahaman yang bertentang­an dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

 ??  ?? AYOB Khan
AYOB Khan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia