Harian Metro

NAK PERGI LEPAK KONON!

Remaja ditahan bonceng rakan tonton gelagat berbahaya penunggang motosikal tanpa pengetahua­n keluarga

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

“Saya tipu ibu bapa dengan memberitah­u keluar lepak tapi pergi membonceng motosikal dengan rakan di sini untuk melihat gelagat penunggang lain,” kata seorang remaja lelaki yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, awal pagi semalam.

Remaja berusia 14 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumka­n dia menghabisk­an masa hujung minggu dengan menonton gelagat penunggang motosikal di kawasan berkenaan.

“Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan datang ke sini melihat aksi mereka. Namun, ahli keluarga tidak menyedari kerana saya memaklumka­n keluar untuk lepak di kawasan berhampira­n rumah tapi sebenarnya ke sini.

“Saya tidak ada motosikal, jadi saya tumpang rakan untuk ke sini semata-mata mahu tengok aksi mereka yang menyeronok­kan,” katanya ketika ditemui selepas ditahan dalam operasi berkenaan.

Dia antara 20 remaja lelaki daripada 149 individu membabitka­n penunggang dan pembonceng motosikal berusia 14 hingga 30 tahun ditahan untuk pemeriksaa­n dalam operasi bermula jam 2 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, sebanyak 200 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarka­n pihaknya dalam operasi itu.

“Pemeriksaa­n dibuat terhadap 149 individu termasuk lebih 20 remaja terdiri daripada penunggang dan pembonceng membabitka­n 123 motosikal yang berada di lebuh raya berkenaan ketika operasi dijalankan.

“Hasil pemeriksaa­n kami mengeluark­an 200 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, gagal tunjuk lesen, ubah suai kenderaan, tiada cermin sisi dan lesen tamat tempoh selain 15 saman dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang turut membantu dalam operasi ini.

“Kami juga menyita 26 motosikal didapati cukai jalan tamat tempoh dan penunggang­nya tidak mempunyai lesen,” katanya ketika ditemui.

Seramai 17 pegawai serta 152 anggota polis terbabit selain bantuan anggota JPJ dan Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) dalam operasi itu.

Azman berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 20-an yang dikehendak­i atas kesalahan dadah di daerah ini.

“Operasi ini akan dijalankan secara konsisten di lokasi panas sudah dikenal pasti di sekitar negeri ini,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL yang diubah suai.
ANTARA individu yang ditahan dalam operasi di Lebuhraya LEKAS, semalam.
MOTOSIKAL yang diubah suai. ANTARA individu yang ditahan dalam operasi di Lebuhraya LEKAS, semalam.
 ??  ?? ANTARA motosikal yang disita kerana cukai jalan tamat tempoh dan
penunggang tiada lesen.
ANTARA motosikal yang disita kerana cukai jalan tamat tempoh dan penunggang tiada lesen.
 ??  ?? REMAJA yang ditahan menolak motosikal masing-masing dalam
operasi, semalam.
REMAJA yang ditahan menolak motosikal masing-masing dalam operasi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia