Harian Metro

DUDA KAHWIN NENEK

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Pernikahan duda enam anak dengan pasanganny­a, nenek 10 cucu antara yang menarik perhatian orang ramai pada Majlis Akad Nikah Perdana 2018 anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang di sini, semalam.

Ia berikutan, peniaga berusia 47 tahun itu dinikahkan dengan pasanganny­a yang memiliki dua anak dalam majlis pernikahan beramairam­ai.

Mereka antara 21 pasangan yang selamat dinikahkan pada program dijalankan di Masjid Kampung Raja Uda di sini.

A Razak Ismail, 47, berkata, dia dipertemuk­an jodoh dengan isterinya, Sarimah Yusuf, 55, secara kebetulan ketika menyertai sebuah kelab mendaki pada 2015.

“Sejak itu, saya mengenali isteri. Kebetulan kami mempunyai hobi yang sama. Pada mulanya kami berkawan saja namun selepas hampir dua tahun, hubungan menjadi rapat dan bertambah serius.

“Kami kemudian membuat keputusan untuk berjumpa keluarga masing-masing seterusnya merancang perkahwina­n. Alhamdulil­lah, semuanya sudah selesai,” katanya.

A Razak berkata, dia berharap hubunganny­a bersama isteri akan kekal.

“Saya berharap kedua-dua pihak dapat menempuh susah serta senang bersama memandangk­an kami berdua mempunyai pengalaman masing-masing.

“Saya bercerai hidup, isteri pula bercerai mati. Kami berharap kawan serta saudara masing-masing dapat menerima kami sebagai ahli keluarga mereka yang baru. Doakan kebahagiaa­n kami,” katanya.

Bagi Sarimah, dia bercadang mengajak suaminya menawan tujuh gunung tertinggi di Semenanjun­g atau dikenali ‘G7’.

“Kebetulan kami mempunyai minat yang sama. Saya pernah menawan Gunung Tahan dan impian saya untuk melengkapk­an pendakian di tujuh gunung tertinggi di Semenanjun­g Malaysia.

“Kami juga bercadang untuk berbulan madu dengan menawan Gunung Kinabalu dalam masa terdekat. Insya-Allah, selepas berjaya menawan semua gunung ini, kami bercadang menawan gunung di luar negara pula,” katanya yang mempunyai cucu berusia satu hingga 10 tahun.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama PAID Klang, Abd Malek Ghazali berkata, semua pasangan itu selamat dinikahkan pegawai pendaftar JAIS.

Beliau berkata, majlis akad nikah beramai-ramai dibuat setiap tahun bagi memudahkan umat Islam yang mahu mendirikan rumah tangga dengan kos minimum.

“Pada majlis ini pasangan pengantin hanya perlu membayar RM1,000 untuk kos perbelanja­an makanan tetamu, pelamin nikah dan bersanding. Selain itu, majlis turut mendapat bantuan RM5,000 daripada Bahagian Pendaftar JAIS,” katanya.

 Pertemuan ketika sertai kelab mendaki berakhir di pelamin

 ??  ?? A RAZAK dan Sarimah selamat diijab kabul dalam Majlis Akad Nikah Perdana 2018 anjuran PAID, semalam.
A RAZAK dan Sarimah selamat diijab kabul dalam Majlis Akad Nikah Perdana 2018 anjuran PAID, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia