Harian Metro

PUTUS NYAWA DITARIK OMBAK

- Muhamaad Razis Ismail razis@nstp.com.my

Murid lemas tak sempat diselamatk­an guru

“Kejadian berlaku terlalu pantas apabila mereka tiba-tiba ditarik ombak besar ke tengah laut,” kata Mohd Zainudin Mamat, 28, guru kepada Khairudin Sayuti, 10, yang lemas di Pantai Kandis, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi, penghuni Markas al-Aitam Padang Pak Amat, Pasir Puteh itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.

Seorang lagi rakannya, Asraf Zahadi, 13, bagaimanap­un selamat dan dilaporkan stabil.

Menceritak­an semula kejadian, Mohd Zainudin berkata, mereka ke pantai itu untuk berkelah dan keluar dari pusat jagaan jam 8 pagi, menaiki bas, van dan kereta.

“Rombongan kami seramai 39 pelajar dan tiga guru pengiring. Itu aktiviti sampingan untuk mengisi cuti hujung minggu.

“Tiba saja di pantai, kami buat persiapan untuk makan dan bersantai, manakala Khairudin dan beberapa rakan lain mandi di tepi pantai di kawasan cetek.

“Saya kemudian ke tandas berhampira­n dan ke pantai apabila dimaklumka­n berlaku kejadian lemas dengan enam hingga lima pelajar ditarik ombak besar ke tengah.

“Namun beberapa pelajar sempat berpaut pada pelampung pukat ikan yang berada di situ sebelum diselamatk­an Ustaz Wadi (guru pengiring). Malangnya, Khairudin dan Asraf dihanyutka­n lebih jauh,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, mereka menarik Khairudin dan Asraf ke tepi pantai, namun kedua-duanya tidak sedarkan diri serta dibawa ke HTA.

“Di hospital, doktor mengesahka­n Khairudin meninggal dunia, tetapi Asraf stabil,” katanya.

Mohd Zainudin berkata, pagi sebelum mereka ke pantai itu, arwah Khairudin sempat memberitah­u sukar tidur disebabkan teruja untuk menyertai aktiviti berkelah.

Katanya, pemergian Khairudin amat dirasai pusat jagaan itu kerana arwah disifatkan seorang pelajar yang baik, cepat belajar selain menghormat­i guru.

Mereka reda dengan kehilangan itu dan keluarga arwah diberitahu untuk urusan pengebumia­nnya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Gading, Pasir Puteh.

Sementara itu usaha untuk menemu bual ibu mangsa tidak berjaya kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

 ??  ?? RAKAN Khairudin (gambar kecil) berkumpul di lokasi kejadian lemas di Pantai Kandis, semalam.
RAKAN Khairudin (gambar kecil) berkumpul di lokasi kejadian lemas di Pantai Kandis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia