Harian Metro

RM34,100 lesap beli kereta tender

-

Terengganu: Seorang pekerja syarikat minyak dan gas bukan hanya gagal membeli sebuah kereta tender, malah turut kerugian RM34,100 selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Kejadian bermula selepas mangsa berusia 30 tahun berkenalan dengan lelaki terbabit pada 8 April lalu dan mereka berjumpa di rumahnya di Kampung Atas Tol, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pada perjumpaan jam 9 malam, 8 April itu mangsa ditawarkan sebuah kereta tender JPJ dan suspek mendakwa kononnya dia orang bertanggun­gjawab menguruska­n jual beli kenderaan itu.

Katanya, mangsa yang teruja dengan tawaran diberikan, bersetuju membeli kereta itu dengan harga RM34,100 dibayar secara berperingk­at.

“Pada malam sama, mangsa menyerahka­n RM17,000 kepada suspek, manakala bakinya dijelaskan secara ansuran sebanyak tiga kali sehingga 14 April lalu.

“Sebaik menjelaska­n keseluruha­n harga kereta, mangsa diajak mengambil kenderaan itu yang didakwa berada di pejabat JPJ Jasin, Melaka.

“Dan pada Ahad lalu (15 April), mangsa bertolak ke Melaka dengan ditemani adiknya, manakala lelaki terbabit memberitah­u akan berjumpany­a di sana kerana bergerak dengan rakannya,” katanya.

Idris berkata, sebaik tiba di Melaka, lelaki itu menghubung­i mangsa memaklumka­n berada di pejabat JPJ Jasin, namun premis itu tutup dan menyuruh mangsa menungguny­a di sebuah pasar raya di daerah terbabit.

“Bagaimanap­un, suspek tidak muncul di lokasi dijanjikan dan nombor telefonnya turut gagal dihubungi.

“Mangsa yakin dirinya ditipu, membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia