Harian Metro

TELAN ‘BUKTI’

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

Lelaki warga Pakistan ‘makan’ 19 bungkusan heroin dicekup

Seorang lelaki warga asing bertindak menelan 19 bungkusan heroin seberat 201 gram sebelum ia dikesan polis, 16 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan jam 12 tengah hari itu pihaknya menerima maklumat risikan daripada Agensi Penguatkua­saan Dadah (DEA) Amerika Syarikat berhubung suspek sebelum serbuan dilakukan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, selepas ditahan polis yang melakukan imbasan sinar X (x-ray) ke atas suspek berasal dari Pakistan menemui 19 bungkusan dadah jenis heroin di dalam perutnya.

Katanya, suspek dipercayai menelan semua dadah itu di Lahore, Pakistan sebelum bertolak ke negara ini 24 jam sebelum ditahan.

“Suspek dipercayai membawa masuk heroin itu untuk dijual di negara ini dan polis masih menyiasat sama ada dia antara keldai dadah yang diupah sindiket antarabang­sa.

“Kebanyakan mereka yang menyeludup dadah ke negara ini adalah pelancong dan kes seperti ini jarang dikesan dengan kali terakhir modus operandi ini berjaya dikesan pada 2016,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam.

Mohmad berkata, semua dadah itu dianggarka­n bernilai RM18,720 dan hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? MOHMAD (dua dari kanan) menunjukka­n sebahagian rampasan dadah dalam lima serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
MOHMAD (dua dari kanan) menunjukka­n sebahagian rampasan dadah dalam lima serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
 ??  ?? MESIN mengadun dadah yang dirampas dalam operasi polis di Pulau Pinang, Rabu lalu.
MESIN mengadun dadah yang dirampas dalam operasi polis di Pulau Pinang, Rabu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia