Harian Metro

BELASAH MACAM NAK BUNUH

 Budak perempuan dipukul dengan tali pinggang, kabel pengecas telefon oleh kekasih ibunya kerana tidak pandai mengira

- Agensi

Seorang budak perempuan berusia empat tahun dibelasah teruk dengan tali pinggang dan kabel pengecas telefon oleh kekasih ibunya hanya kerana tidak boleh membilang satu hingga lima

Dalam kejadian di flat keluarga berkenaan Krasnoyars­k, lelaki terbabit, Bakhram, 20, yang ditahan polis mendakwa bertindak demikian kerana mahu mengajar mangsa.

Namun kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital dengan kecederaan teruk di kepala, belakang, dada, perut dan tangan.

Daily Mail yang memetik media tempatan melaporkan, menurut polis, suspek memukul anak teman wanitanya selepas mangsa tidak dapat mengira dari satu hingga lima.

Sebelum menggunaka­n tali pinggang, lelaki itu memberitah­u dia memukul mangsa menggunaka­n kabel pengecas telefon.

Ibu kanak-kanak itu, Maria Belonogova, 31, berada di tempat kejadian dan melihat anaknya didera namun tidak melakukan apa-apa dengan alasan takut dipukul suspek.

Kakak mangsa, Elizaveta, 6, juga sedang diajar lelaki itu namun tidak diapa-apakan.

Selepas dibelasah, mangsa menggeleta­r dan mengalami kesukaran bernafas. Ibunya cuba membantu tanpa menghubung­i hospital kerana bimbang kekasihnya itu ditahan polis.

Mereka tinggal bersama seorang lelaki dikenali sebagai Alexander, 45, yang menyewa bilik di flat berkenaan dan lelaki itulah menghubung­i polis kerana bimbang kanak-kanak berkenaan mati.

Bakhram yang berasal dari Azerbaijan, didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun.

 ??  ?? KECEDERAAN pada tubuh kanak-kanak perempuan empat tahun akibat dibelasah dengan tali pinggang oleh kekasih ibunya. - Agensi
KECEDERAAN pada tubuh kanak-kanak perempuan empat tahun akibat dibelasah dengan tali pinggang oleh kekasih ibunya. - Agensi
 ??  ?? BAKHRAM dan Maria Belonogova. - Agensi
BAKHRAM dan Maria Belonogova. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia