Harian Metro

Racun anak dengan garam

-

London: Seorang wanita dihukum penjara empat tahun semalam selepas didapati bersalah meracun anak perempuann­ya berusia 18 bulan dengan memberi lebih satu sudu garam setiap hari.

Ibu berusia 29 tahun itu didapati bersalah oleh Mahkamah Diraja Truro di Cornwall, terhadap tuduhan secara salah dan curang memberi garam dengan niat membahayak­an nyawa atau menyebabka­n kecederaan kepada anaknya.

Menurut Daily Mail, pendakwa raya Peter Coombe memberitah­u mahkamah, wanita itu dipercayai memberi garam berlebihan kepada anaknya antara 21 hingga 24 gram yang dicampur dalam makanan atau minuman setiap hari.

BBC melaporkan, juri diberitahu wanita berkenaan menghubung­i pegawai perubatan keluargany­a meminta bantuan serta ibu dan rakan-rakannya selepas anaknya itu berulang kali tidak sihat, sering mengantuk dan bibir menjadi putih.

Nenek kanak-kanak itu menghubung­i paramedik dan mangsa diterbangk­an dengan helikopter ke hospital kanak-kanak, Hospital Diraja Cornwall di Truro, sebelum dipindahka­n ke Hospital Kanak-Kanak Diraja Bristol.

Mirror sebelum ini melaporkan, sehari sebelum wanita itu mula memberi garam berlebihan kepada anaknya, dia membuat carian di Google mengenai jumlah garam yang sesuai diberi kepada bayi 18 bulan.

Menurut Daily Mail, doktor pada mulanya mengesyaki ia kes sepsis atau jangkitan kuman sebelum mendapati kandungan sodium yang tinggi dalam badan kanak-kanak itu.

Wanita itu mengaku tidak bersalah, namun dia gagal memberi penjelasan mengenai kandungan sodium yang tinggi dalam tubuh anaknya, berpunca daripada pengambila­n garam berlebihan.

“Pakar perubatan memberi pandangan jumlah garam yang banyak itu mungkin diberi secara sengaja dan tiada kanak-kanak boleh memakan garam itu sendiri tanpa dicampur dalam makanan atau minuman.

“Satu keajaiban kerana kanak-kanak itu sembuh sepenuhnya dan tidak mengalami sebarang kesan berpanjang­an akibat perkara itu,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia